Monday, December 3, 2012

Program Smartpartnership dengan JPN Kedah

KUALA TERENGGANU - Hari ini JPN  Terengganu menerima seramai 46 orang deligasi dari JPN dan PPD Pengurusan Sekolah  negeri Kedah dalam Program Smartpartnership Pegawai dan Staf Sektor/PPP Pengurusan Sekolah. Rombongan JPN Kedah ini diketuai oleh En. Amry bin Abdul Latif, Penolong Pengarah Data dan ABM Rendah.

Ketibaan rombongan dari JPN Kedah disambut oleh En. Zakariah Ali, KS Pengurusan Sekolah bersama Timbalan Ketua-Ketua Sektor, JPN Terenganu serta para pegawai daripada Sektor Sekolah. Sebelum itu rombongan berkenaan telah diberi taklimat oleh BTPN Terengganu berkaitan program dan pendidikan negeri Terengganu.

Mengikut En. Amry bin Abdul Latif, Ketua Rombongan JPN Kedah bahawa kedatangan mereka bertujuan untuk berkongsi dengan JPN Terengganu tentang kejayaan mereka dalam akademik dan pelbagai bidang pendidikan yang lain  serta dapat menjalinkan kerjasama pintar antara keduannya. En. Zakariah Ali,  KS Pengurusan Sekolah yang mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu telah menyampaikan taklimat berkaitan senerio pendidikan Terengganu seperti kekuatan dalaman dan luaran yang ada. Menurut beliau, pendidikan Terengganu sangat bertuah kerana mempunyai kepimpinan kerajaan negeri yang meletakkan pendidikan sebagai agenda utama negeri.

Majlis ini juga diwarnai dengan dialog untuk saling berkongsi kekuatan dan mencari jalan penyelesaian terhadap isu-isu yang mungkin hampir sama. Kita berharap melalui perkongsian profesional seperti ini banyak manafaat yang kita boleh kongsi demi kecemerlangan pendidikan anak bangsa kita.

No comments:

Post a Comment