Tuesday, October 9, 2012

Surat Tawaran Pelantikan DG41 bagi calon PJJ Siri 2

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu menerima untuk kali kedua Surat Tawaran Perlantikan DG41 bagi calon PJJ khususnya Guru Besar , GPK dan beberapa orang guru . Walau bagaimanapun didapati berasaskan rekod terdapat sebilangan yang ditawarkan DG41 tarikh perlantikan mereka lebih awal daripada tarikh pelantikan hakiki jawatan Guru Besar dan GPK. Oleh itu , jabatan telah merujuk mereka yang terlibat ini kepada pihak BPSM, KPM untuk memastikan kedudukan mereka sama ada diteruskan surat tawaran atau ditahan sementara. Secara asasnya BPSM meminta  buat sementara surat berkaitan ditahan seketika bagi pihak mereka mendapat maklumbalas daripada SPP.

Oleh yang demikian, surat tawaran bagi mereka yang tarikh lantikan Guru Besar atau GPK terkemudian daripada tarikh tawaran DG41 kita tahan seketika sehingga mendapat maklumbalas daripada BPSM dalam masa terdekat. Mulai hari ini kita keluarkan surat tawaran kepada mereka yang tiada pertelingkahan dan kekeliruan tarikh tawaran DG41 dan tarikh pegang jawatan hakiki. Pemohon terlibat dikehendaki menyemak betul-betul tarikh lantikan jawatan hakiki dan tarikh tawaran DG41 dan sebarang keraguan boleh berhubung terus dengan SPP.

Mereka yang tersenarai boleh berhubung dengan Pn. Bibah Bibi , di Unit Sekolah Rendah, JPN Terengganu ditalian 09-6213390 sama ada ingin mengambil sendiri atau diposkan.

Senarai. KLIK.

5 comments:

  1. nama ku belum tersenarai juga lagi ni sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. saya juga belum, bila agaknyaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Kat web JPNT dan ade maklumat siri ke 2...JPNJ asyik cerita pasal tender.....

    ReplyDelete
  4. Saya belum terima surat tawaran pelantikan dg41 yelah tamat pengajian 2010 telah temuduga

    ReplyDelete