Satu pasukan pemantau dari KPM untuk melihat impak terhadap Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan juga Institut Aminuddin Baki bagi Sekolah Berprestasi Tinggi di Terengganu telah diadakan pada 23 dan 24 Oktober 2012. Sekolah SBT yang terpilih untuk kajian impak ini ialah SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu dan SK Tengku Mahmud, Besut.
Pasukan pemantau yang terdiri dari En. Saidin bin Shukri (BPG), En.Mohd Zaidi Basir (IAB), En. Zainuddin Abdullah (JNJK) dan Pn. Haniza (BPSBPSK) telah mengadakan soalidik , temubual dan perbincangan dengan guru-guru dan juga murid-murid. En. Zaidi memberi fokus kepada Guru Besar dan kepimpinan sekolah dan Pn. Haniza memberi fokus kepada murid-murid.
Tujuan utama pemantauan kajian ini untuk melihat kesan dan impak yang diterima dan dilaksanakan di peringkat sekolah khususnya kepada sasaran sut yakni murid-murid. Hasrat KPM setiap input kursus yang disampaikan kepada guru atau wakil guru dapat dikomunikasikan dengan berkesan kepada khalayak rakan setugas di sekolah dan dimanafaatkan secara optima kepada murid-murid.
Selain dari itu pihak KPM juga ingin memperolehi keperluan sebenar guru-guru di SBT agar dibantu dengan lebih berkesan. Kita percaya dengan usaha-usaha strategik ini kualiti kepimpinan,kualiti pengajaran-pembelajaran guru dan kualiti pencapaian murid di SBT akan dapat dikekal dan dilonjakkan supaya status sebagai SBT dapat dipelihara dan dikekalkan dengan penuh berwibawa.
Kita juga berharap kajian seumpama ini bukan menambah tekanan kepada guru-guru di SBT tetapi lebih "buddy support system" untuk mempertingkatkan motivasi, pengetahuan dan kemahiran mereka agar ujud iklim persekolahan dan kerjabuat di SBT yang menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment