Wednesday, October 31, 2012

Kajian KEDAP

KEMAMAN - Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri mengadakan satu kajian terhadap keberkesanan KEDAP kepada beberapa sekolah orang Asli terpilih di seluruh negara dalam temoh masa 10 Oktober hingga 5 November 2012. Dua sekolah Asli Terengganu juga terpilih untuk kajian ini iaitu SK Sungai Pergam, Kemaman dan SK Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Urusetia KEDAP Jabatan Pelajaran Terengganu telah menetapkan tarikh dan masa kajian mengikut sekolah sebagaimana berikut :
  1. SK Sungai Pergam, Kemaman - 31 Oktober 2012, jam 2.00 hingga 4.00 petang
  2. SK Sungai Berua, Hulu Terengganu - 31 Oktober 2012, jam 8.00 - 10.00 malam
Pihak urusetia KEDAP telah membahagikan pengkaji kepada dua kumpulan . Kumpulan A terdiri daripada Ketua Unit Rendah, Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster, Penyelia Kanan SJKT dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD Kemaman. Sementara Kumpulan B, terdiri daripada Penolong Pengarah Guru Rendah, Penolong Pengarah Data dan ABM, Penyelia Kanan Pengurusan Murid dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD Hulu Terengganu. Pasukan pengkaji menggunakan modul kajian yang telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kajian ini mengguakan sepuluh sampel daripada 30 orang peserta KEDAP di setiap buah sekolah. Pemerhatian kami di SK Sungai Pergam, Kemaman sepuluh sample peserta KEDAP yang dipilih untuk kajian ini telah memberi kerjasama yang baik. Majoriti daripada mereka memahami asas matematik dan bahasa agak baik. Ini menunjuk petanda bahawa mereka sebenarnya mampu menguasai kemahiran asas 3M terutama kepada ibu muda lepasan Tahun 6.

Kita sangat yakin jika KEDAP ini dilaksanakan dengan betul di samping sokongan dan dokongan agensi berkaitan seperti JAKOA bersungguh-sungguh masalah buta huruf masyarakat orang Asli serta  pembangunan minda, emosi dan spritual dapat disuburkan. Tidak keterlaluan kita katakan dua tiga generasi orang Asli akan datang khususnya di Sungai Pergam mampu menguasai 3M. Isunya selepas sekolah rendah berapa kerat anak orang Asli meneruskan persekolahan menengah ? Dan apakah yang telah kita bantu dan boleh kita bantu dalam membangunkan pendidikan orang Asli kita?


No comments:

Post a Comment