- cekap
- berkesan
- berproduktiviti tinggi
- berkualiti tinggi
- kehidupan bekerja berkualiti
- berinovatif
- beroperasi mengikut bajet
Walau bagaimanapun masih terdapat segelintir organisasi sekolah terutamanya yang "berpenyakit dan bermasalah" tidak mencapai standard serta piawaian seperti mana yang digariskan oleh KPM seperti di atas. Dan antara penyakit paling besar yang melanda bukan sahaja ahli organisasi tetapi ketua organisasi mereka ialah penyakit "ignoramous" atau bahasa mudahnya penyakit atau budaya "lembu kenyang". Antara ciri penyakit ignoramous atau ketidakkepudulian tahap tinggi ini ialah memandang mudah setiap arahan, peraturan dan pekeliling. Membiarkan atau "lak" ahli organisasi buat ikut suka tanpa pimpinan dan panduan. Tiada rasa cemas atau bersalah atau sense of urgensi atau emergency terhadap tanggungjawab walaupun berada pada tahap "critical mass" , silap dan dikritik hebat. Tiada lagi rasa malu, aib atau sensitif walaupun disindir. Rasanya telah menjadi kebal sekebal-kebalnya. Kalau orang lain lihat dia sakit terukpun dia kata dia sihat. Kalau dia tidak jalankan tugas diapun dia rasa dia buat yang terbaik dah. Kalau orang maki-hamun diapun dia rasa seperti pujian....
Dan alangkah malangnya jika "ignoramous" ini melanda pemimpin organisasi seperti Guru Besar dan juga GPK di sekolah. Apa akan jadi dengan sekolah berkenaan. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007 seorang Guru Besar mesti mempunyai sifat-sifat yang sesuai dengan jawatannya. Antara sifat yang mesti diamal oleh Guru Besar dalam pekelililing ini ialah:
- profesionalisme
- integriti
- keperibadian tinggi
- bertanggungjawab dan akauntebaliti
- proaktif,inovatif dan kreatif
- kerja berpasukan
Kita amat yakin jika virus ingnoramous berakar umbi dalam pengurusan sekolah ianya akan merebak kepada semua ahli organisasi hingga ujud satu zon selesa maka tunggulah saat kehancurannya. Kalau kita lihat banyak yang jenis lembu kenyang yang degil ini terpenyek dan terkorban dilanggar lori di atas jalan-jalan raya. Kita harap kita cepat sedar dan insaf sebelum kita juga menjadi mangsa akibat kebebalan kita sendiri. Sesungguhnya sebagaimana disebut banyak kali dalam Al-Quran " bahawa sesungguhnya kita banyak menzalimi diri kita sendiri".... dan seringkali penyesalan itu datang selepas berlakunya sesuatu peristiwa.
No comments:
Post a Comment