LANGKAWI - Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan mengadakan Mesyuarat Pengurusan Pegawai-Pegawai Meja SKK JPN Negeri seluruh negara di Seaview Hotel, Langkawi mulai 2 - 4 Oktober 2012.
Di samping mesyuarat lawatan penanda aras ke sebuah sekolah di Pulau Tuba, Langkawi juga diadakan sebagai sebahagian acara rasmi mesyuarat. Selain itu, beberapa orang pegawai meja yang telah bersara dan bertukar posisi juga akan diraikan terutama En. Yoseri, Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/SKK Jpn Kedah yang bakal bersara minggu hadapan.
Beberapa orang pegawai meja telah bertukar posisi seperti En. Jamil Jamaluddin dari JPN Wilayah Persekutuan yang menjawat Ketua Unit Pembangunan di jabatan yang sama dan En. Hamid Yahya dari JPN Terengganu yang menjadi Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftran di jabatan yang sama. Sementara beberapa orang pegawai meja baru dari Serawak, Terengganu dan Wilayah juga nampak hadir.
Menurut En. Yusuf Shaari sebagai wakil pegawai meja SKK berharap pegawai baru dapat belajar dengan cepat berkaitan SKK dan pada rakan yang belum sempat diraikan mereka akan diraikan kemudian. Beliau berkata sedemikian sewaktu menyampaikan taklmat sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment