Tuesday, October 16, 2012

Pertukaran dan penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 16 Oktober 2012

Tahniah kepada mereka yang dinaikkan pangkat atau bertukar sekolah sama ada sebagai Guru Besar dan juga GPK. Harapan jabatan perubahan posisi dan kedudukan tuan/puan akan menjadi lebih baik untuk diri dan untuk sekolah yang diamanahkan.

Kita percaya bahawa tuan/puan yang bersedia memikul tugas dan amanah ini tahu beban dan cabarannya. Oleh yang demikian pihak jabatan berharap tuan/puan sentiasa bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran . Dan kita penuh yakin tuan/puan mampu menghadapi cabaran dan perubahan ini jika sentiasa terbuka untuk belajar dan berkongsi dengan orang lain terutama ahli-ahli organisasi di bawah pimpinan tuan/puan.

Tahniah dan selamat maju jaya. Surat pertukaran dan penempatan tuan/puan boleh didapati melalui PPD masing-masing. Sebagai peringatan jika calon-calon yang ditawar lantikan baru telah menerima gred DG41 maka secara automatik tawaran berkenaan terbatal.

Klik :

No comments:

Post a Comment