Saturday, October 27, 2012

Sembang Sabtu : Budaya paralysed dalam organisasi

Pada kolum ini minggu lepas, kita membincangkan penyakit ignoramous @ budaya lembu kenyang dalam organisasi. Minggu ini kita menyorot satu lagi jenis penyakit dalam organisasi yakni penyakit "paralysed" @ lumpuh @ tepak. Dalam mana-mana organisasi sangat sedikit kita temui ahli organisasi yang benar-benar paralysed @ lumpuh fizikal namun kita akan temui ramai ahli organisasi yang lumpuh spritual dan sikapnya.

Untuk mengenali ciri-ciri ahli orgaisasi yang terkena sindrom ini bukannya susah sangat. Dari segi fizikal mereka memang sangat sempurna.Hensem, kacak dan bergaya. Cakapnya memang hebat berdegar-degar mengalahkan segala orang. Segala benda dia serba tahu. Sayangnya mereka yang "mengidap" sindrom paralysed@lumpuh@tepak ini kerja yang diamanahkan tidak pernah siap. Kalau siappun tidak sempurna. Mereka perlu diperingat, diajar dan dibantu oleh ketua atau rakan-rakan. Seolah-olah perlu diberi tongkat atau ditolak belakang baru bergerak.

Mereka mempunyai maruah dan estem diri yang rendah. Tidak merasa malu apalagi merasa bersalah bila sesuatu perkara itu merekalah penyebab dan puncanya.Bahkan menyalahkan orang lain kerana kelemahan-kelemahannya. Mereka tidak merasa dengan sikap mereka itu menyusahkan orang lain dan organisasi. Mereka mampu menerima secara selamba bodoh setiap kutukan seolah-olah menerima pengiktirafan " ye, memang saya paralysed@lumpuh@tepak".

Pengurus sekolah harus bijak mengenalpasti spesis ini. Mereka amat pandai bermuka-muka dan berpura-pura bagi menutup kelemahan mereka. Mereka bijak menjual dan meraih simpati hingga tidak nampak kesalahan dan kelemahan mereka. Kita seakan nampak seolah-olah mereka bukanlah faktor kelemahan itu. Pengurus sekolah atau organisasi yang lemah dan kurang cekap akan menjadi konspirasi mereka.

Sewajarnya pengurus organisasi dan ahli-ahli organisasi membimbing dan mengajar cukup-cukup ahli organisasi yang paralysed@lumpuh ini supaya mereka mampu berdikari dan mahir mengurus amanah yang dipertanggungjawabkan. Konsep penilaian kerja dan hasil kerja dalam penilaian nilaian prestasi tahunan harus diamal secara ketat bagi menyedarkan mereka bahawa mereka benar-benar lumpuh dan perlu berusaha merubahnya. Jika  berbagai usaha dibuat tetapi masih tidak berubah beritahu secara jelas dan berani " Kita tidak perlukan ahli organisasi seperti anda berada di sini "

Adakah kita mahu tunggu organisasi itu sendiri paralysed@lumpuh sepenuh baru bertindak mencari ubat bagi memulih ahli-ahli yang sekian lama kita tahu paralysed@lumpuh ? Kepantasan mengenal simpton, kebijaksanaan mencari jalan peyelesaian dan keberanian melaksanakan tindakan itulah garis penanda kehebatan seorang pemimpin organisasi dengan pemimpin organisasi yang lain.

2 comments:

  1. Salam.

    Orang yang "paralysed" memang mudah dikenali, seperti dinyatakan admin dan pengalaman saya berada dalam satu organisasi dengan orang ini;

    • Cakapnya memang hebat berdegar-degar mengalahkan segala orang.
    • Segala benda dia serba tahu.
    • Kerja yang diamanahkan tidak pernah siap/sempurna/lewat menyiapkan/tidak tepat.
    • Mereka perlu diperingat, diajar dan dibantu selalu.
    • Tidak merasa malu apalagi merasa bersalah bila sesuatu perkara itu merekalah penyebab dan puncanya.
    • Mudah menyalah dan mencari kesalahan orang lain.
    • Tidak pernah mengaku kelemahan atau kesalahan diri sendiri.
    • Suka mempengaruhi orang lain untuk menyebelahi diri mereka.
    • Mudah menyampaikan sesuatu perkara yang dianggap buruk pada pandangan mereka kepada orang-orang atasan bagi menunjukkan yang diri mereka ambil berat.
    • Mudah menunjukkan rasa tidak puas hati atau bising bila diberi tugasan yang tidak memuaskan hati mereka.
    • Tiada motivasi atau kreativiti bagi memajukan organisasi atau untuk meningkatkan pencapaian tugasan tapi bila untuk peningkatan pesonal mereka ini cepat mengambil peluang/sibuk.
    • Sukar untuk mengaku kelebihan orang lain atau mengucap perkataan terima kasih.
    • Tidak mahir dalam sesuatu perkara, bila bercakap seolah-olah mereka ini sangat hebat tapi bila diberi peluang menunjukkan kemahiran memberi pelbagai alasan.
    • Tidak suka membantu orang lain selainkan orang yang rapat dengan mereka, kalau terpaksa kerana tugasan, mereka ini akan bising/membebel sambil membuat kerja.
    • Suka mengambil peluang dari kelemahan orang lain/organisasi.

    Mungkin untuk mengenali mereka ini tidaklah sukar sekiranya pengurus organisasi itu mengambil tahu semua hal berkaitan organisasi mereka. Saya tidak nampak bagaimana cara yang tepat untuk seorang pengurus organisasi/sekolah menanggani penyakit ini andainya pengurus organisasi juga tiada motivasi atau lebih suka berdiam diri saja kerana menganggap ia hanya kudis kecil saja dan tidak mahu menyusah diri mengubat kudis yang dianggap kecil itu, walhal kudis itu nanti akan menjadi besar dan membarah, melemahkan organisasi itu pula.

    Hanya satu doa saya, moga orang yang berpenyakit "paralysed" ini dapat berubah dengan membuat muhasabah diri. Kita bekerja bukan kerana majikan kita, bukan juga kerana organisasi kita, bukan juga kerana kepentingan diri semata-mata tapi kerja kita kerana Tuhan yang disembah, insyaallah kita selamat dunia akhirat.

    Ada baiknya juga bicara sembang sabtu atau isu-isu yang berkaitan dengan alam pendidikan ini dibuletinkan atau diemel ke sekolah-sekolah untuk renungan/motivasi pihak pengurus sekolah. Boleh juga pengurusan sekolah menjadikan ia bicara mingguan untuk kebaikan organisasi bawahannya.

    Mohon maaf dari saya andai ada silap dalam bicara saya, wassalam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas pandangan bernas Cg Azmi

    ReplyDelete