Justru itu semua pihak yang berkepentingan dengan guru rendah hadir. Selain pegawai dari Unit Rendah dan Penyela Kanan Pengurusan Sekolah PPD turut hadir ialah wakil dari Unit Prasekolah, Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Islam, Sektor Pembangunan Kemanusiaan yang mengurus Guru Bimbingan dan Kaunseling dan juga Sektor ICT untuk verifikasi berasaskan emis.
Data yang terkini dan bersih ini yang menyatakan kedudukan guru dan opsyen guru dijadikan asas menyokong atau tidak, menerima atau menolak permohonan egtukar guru yang dilakukan dengan teliti berasaskan kreteria dan justifikasi yang ditetapkan. Ianya juga akan dijadikan asas utama pertukaran berpusat guru dengan pihak KPM.
Selain dari Mesyuarat DOSR taklimat rangka kerja pengoperasian iGPK32 juga disampaikan kepada semua penyelia kanan terutama sistem data pengisian permohonan iGPK32. Pihak PPD mesti mematuhi jadual kerja berkaitan agar perancangan iGPK32 dapat dilaksanakan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment