Monday, October 8, 2012

Perjumpaan dengan guru-guru SK Kampung Tengah, Kuala Terenganu

KUALA TERENGGANU - Ketua Unit Sekolah Rendah telah mengadakan satu perjumpaan khas dengan guru-guru SK Kampung Tengah, Kuala Terengganu yang merupakan kali pertama bertemu secara langsung dengan semua guru. Sebagai salah sebuah sekolah besar dengan murid berjumlah 1019 orang tentunya banyak tuntutan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

Beliau mengingatkan para guru selaku penjawat awam agar sentiasa menjaga integriti. Segala tindak tanduk kita akan sentiasa dinilai dan diperhatikan oleh pelanggan kita khususnya masyarakat yang meletakkan harapan tinggi untuk mempertaruhkan harapan untuk mendidik anak-anak mereka. Beliau berharap semua guru sentiasa mematuhi etika perkhidmatan profesional perguruan agar maruah kaum guru sentiasa disanjung tinggi.

Beliau juga menyeru agar para guru sentiasa bersedia menerima perubahan melalui Plan Perancangan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Setiap guru adalah pelaksana dan perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran agar  output dan outcome yang dihasilkan perancangan pendidikan mencapai sut maksima.  Untuk itu tegas beliau,kerajaan sentiasa memastikan kebajikan dan penambahbaikan perkhidmatan sentiasa dipertingkatkan.

Selain dari itu, beliau mengingatkan para guru yang merupakan golongan cerdik pandai agar sentiasa peka dan profesional dalam tindakan. Malangnya terdapat segelintir guru seakan mudah dimanipulasi oleh pelbagai pihak. Tanpa sedar mereka dipergunakan oleh mereka yang berkepentingan seperti menandatangai sokongan atau tuntutan, terlibat dengan pelbagai skim dan sebagainya yang tidak melambangkan sifat guru yang bijak,berintegriti tinggi dan sebagai pemimpin untuk dirujuk. Sepatutnya guru atau muadib tidak sewajarnya menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang merosakkan integriti diri dan organisasi. Beliau meminta guru elakkan budaya sate dalam organisasi.

Beliau juga mengingatkan para guru sentiasa akur dengan pimpinan organisasi selagi mereka tidak melanggar agama, adab dan budaya. Beliau juga menasihatkan para guru agar sentiasa merujuk kepada pihak pengurusan jika sesuatu isu timbul agar salah faham dan konflik dalam  organisasi dapat dielakkan. Kita percaya tidak ada orang yang waras hendak berada dalam iklim organisasi yang penuh dengan huru-hara.



No comments:

Post a Comment