Tuesday, October 16, 2012

Ujian USIM 1 (Universiti Sains Islam Malaysia)

KUALA TERENGGANU - Jabatan  Pelajaran Terengganu dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia telah mengadakan Ujian USIM-1 pada 8, 14 dan 15 Oktober 2012 di pusat-pusat ujian SK Paka, Dungun, SK Tengku Mahmud Besut dan SK Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Ujian ini diambil oleh murid-murid yang berumur lapan hingga dua belas  tahun bagi melayakkan mereka menyertai Perkhemahan PERMATA Insan akhir tahun nanti. Setiap pelajar ini akan melalui tiga peringkat ujian USIM sebelum terpilih menyertai perkhemahan tersebut.

Seramai 14 orang peserta yang layak telah menduduki USIM-1 bagi negeri Terengganu. Kita berharap semua peserta berjaya dan layak mengikuti Perkhemahan PERMATA Insan nanti.


No comments:

Post a Comment