Saturday, October 13, 2012

Sembang Sabtu : Manja atau pentingkan diri sendiri ?

Sudah sebulan sejak egtukar dibuka untuk sesi pertukaran 1 Jan 2013 kita di Unit Sekolah Rendah tidak putus-putus dengan urusan ini. Sama ada membantu membetulkan data dalam e-operasi, membantu pendaftaran dan juga membantu mendapatkan password bagi yang terlupa dan mengingatkan Guru Besar agar membuat tindakan pengesahan.

Kita ingat setakat itu sudah memadai. Tidak rupanya. Pelik bin ajaib belum apa-apa keput usan dibuat telah bertalu-talu rayuan dari luar dan dalam negeri telah datang sama ada berjumpa pegawai, telefon ataupun email. Kesian Ketua Unit dan Penolong Pengarah Guru. Namun justru amanah untuk memberi khidmat sebaik mungkin susah atau senang mesti diakuri.

Kadang-kadang kita sangat simpati dengan guru-guru yang telah berkeluarga berjauhan antara suami atau isteri dan antara ibu-ayah dan anak. Mereka terpisah bukan setahun dua malah bertahun-tahun. Kita hormat, tabek dan simpati kepada mereka yang cekal ini apalagi kesukaran untuk kembali ke negeri asal kerana masalah opsyen yang berlebihan. Kita turut sama berusaha membantu dan berdoa semoga berkat kesabaran mereka Allah permudahkan urusan pertukaran ini.

Walau bagaimanapun tidak kurang kita temui kaum guru yang "manja" dan "pentingkan diri". Bahkan ada segelinter yang sangat tidak profesional. Ada yang baru mengajar tidak sampai setahun dan masih bujang sudah mohon bertukar untuk balik negeri. Ada yang ditempatkan dalam satu daerah dengan pasangan baru setahun juga mohon tukar lebih dekat lagi. Ada yang masih terikat dengan sekatan perjanjian terkial-kial beruaha untuk tukar walau belum layak. Dan ada yang dalam negeri setelah bersusah payah disokong dari luar dahulu belum keputusan pertukaran dibuat menghantar surat ugutan, maki-hamun dan penuh biadap. Sudah masuk negeri sekurangnya seminggu sekali boleh jumpa anak isteri . Tidak ada perasaankah untuk turut merasai keperitan rakan lain yang juga anak jati Terengganu namun suami atau isteri berada di Sabah, Serawak, Johor, Hulu Kelantan.Berapa kali mereka dapat berjumpa keluarga dalam setahun ?

Dan setiap sesi pertukaran kita muak dan sakit mendengar keluhan PPD. Ramai yang lama di sesebuah sekolah dan gerak sedikit tanpa perubahan kilometer pun merayu-rayu dan bertindak melulu tidak mahu bertukar. Dan lebih malang dibela oleh Guru Besar secara membuta-tuli.Mereka beranggapan bertukar satu dosa dan kesalahan bukan melihat keperluan khidmat dan peningkatan kerja. Mereka menanggap guru yang baru masuk sebagai perampas tempat dan keselesaan mereka. Seakan tiada sedikit ehsan, simpati dan empati terhadap rakan seperjuangan yang sekian lama sengsara dan derita untuk sama  menyumbang bakti.

Kita tidak pasti apakah kemanjaan dan kepentingan diri melampau kerana akibat kita terlalu libral dan kopromi dengan arahan dan keputusan ? Kalau itu puncanya pengurusan peringkat JPN dan PPP mesti mengambil pendekatan yang lebih tegas dan konsisten termasuk kepada pengurus sekolah yang tidak atau sengaja mengingkari arahan-arahan perkhidmatan.

Sebagai ketua perkhidmatan di peringkat pengurusan jabatan mahupun ppd kita sentiasa berusaha menjaga kebajikan guru dengan meletakkan mereka di tempat sewajarnya agar mereka mampu memberi perkhidmatan terbaik untuk pendidikan anak bangsa. Pusingan kerja melalui pertukaran adalah proses normal dalam peningkatan kerja dan produktiviti. Dan ini adalah nature dalam perkhidmatan guru yang mulia ini. Janganlah kita cemari kemuliaannya dengan sikap dan nilai lemah dan kemanjaan yang melampau.


1 comment: