Wednesday, October 17, 2012

Malaysia Satu-satunya Negara Yang Iktiraf Pendidikan Cina - Najib


KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia adalah satu-satunya negara di luar China yang mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang menggambarkan ia sebagai kepentingan besar, berkata tiada satu pun negara di rantau ini, sebagai contoh, mengiktiraf pendidikan Cina.

"Kita adalah satu-satunya negara di luar China yang mempunyai pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kita telah mengiktiraf pendidikan Cina di Malaysia, dan saya fikir ia adalah besar, mempunyai kepentingan yang besar.

"Sila lihat dalam konteks itu, dalam perspektif bahawa kita telah mengiktiraf pendidikan Cina sebagai sebahagian daripada sistem (pendidikan) kebangsaan, katanya semasa sejam diwawancara oleh penyampai radio Melody FM, stesen radio Astro berbahasa Cina kedua, di sini Rabu.

Najib merupakan tetamu stesen radio itu untuk segmen 'Melody FM Morning Boss' bersama penyampai Chui Ling dan Jentzen Lim.

-- BERNAMA



0 ulasan:

Post a Comment