Monday, October 8, 2012

Perjumpaan KKGLMSM dengan Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu

KUALA TERENGGANU - Exco KKGLMSM Kebangsaan dan Cawangan Terengganu telah mengadakan perjumpaan dengan En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena kunjungan hormat KKGLMSM kepada pengarah berkenaan. Majlis telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Alamanda, JPN Terengganu.

Yang Berbahagia Dato' Jumali bin Paiman, Pengerusi KKGLMSM mengetuai rombongan yang disertai oleh Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari Agung dan sebahagian Exco KKGLMSM Cawangan Terengganu bersama Pengerusinya En. Zapawi bin Mamat. Selain Pengarah Pelajaran Terengganu turut sama ialah Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dan Timbalan Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan.

Selain kunjungan hormat dan temu mesra KKGLMSM juga mohon bantuan dan kerjasama Pengarah Pelajaran Negeri  bagi membantu KKGLMSM yang akan mengadakan Jubli Emas dan Seminar Pemuafakatan Pendidikan KKGLMSM Kebangsaan di Terengganu pada 16 dan 17 November nanti. Pengarah Pelajaran Negeri memberi jaminan dan persetujuan untuk membantu KKGLMSM sebaik mungkin terutama dari segi kepegawaian, kenderaan, protokol dan jemputan. Pengarah Pelajaran juga berharap KKGLMSM bersama-sama membantu memperkasakan guru-guru bagi membangun pendidikan anak bangsa yang kian rencam dan kritikal cabarannya.

Kita berharap hubungan profesional dengan hasrat membina pemuafakatan secara strategik bersama satu hasrat membangunkan pendidikan anak bangsa wajar kekal dan terus mantap. Semoga Sambutan Jubli Emas dan Seminar Pemuafakatan Pendidikan KKGLMSM mencapai kejayaan dan meninggalkan impak khususnya kepada kaum guru dan ahli-ahli KKGLMSM Cawangan Terengganu.


No comments:

Post a Comment