Monday, October 22, 2012

Pelukan terakhir seorang ayah



Dia ibarat bidadari kepada ayahnya,Senyuman bidadari kecil ini membahagiakan dunianya,Pabila bidadari kecil ini memanggil dirinya 'ayah. Dia lupa segala masalah di dunia. Sekarang telah tiba kepada pelukan terakhir, ciuman terakhir, Dia merayu kepada mereka untuk beri sedikit masa dia dengan bidadari kecilnya, hanya untuk sedikit masa,merayu kepada mereka untuk memeluk bidadarinya, hanya untuk sementara waktu lagi, hanya untuk beberapa minit lagi...Dia menangis...menangis dan terus menangis...

Adakah kita juga bakal melalui laluan tragedi yang sama bila keamanan tidak dihargai dan kebebasan disalah mengerti. Bila nafsu melulu menjadi raja di hati dan akal budi diletak dihujung kaki....

“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatku (yang menunjukkan kekuasaanku); dan jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”(Surah Al-A’raf ayat 146)


No comments:

Post a Comment