Monday, October 22, 2012

Surat Tawaran DG41 PJJ Siri 3

Tahniah dan alhamdulillah Jabatan Pelajaran Negeri menerima 23 orang lagi guru-guru PJJ sama ada Guru Besar, GPK dan Guru Penolong yang ditawarkan ke DG41. Ini adalah siri ketiga tawaran berkenaan diperturunkan. Sebagaimana yang kami maklumkan terdahulu,  bahawa tawaran ini turun peringkat demi peringkat. Mana-mana yang masih belum terima harap bersabar. Jika anda rasa anda tercicir sila hubungi SPP sendiri untuk pertanyaan.

Sukacita kami mengingatkan  kepada guru-guru yang menerima naik pangkat atau dilantik memegang jawatan hakiki terkemudian dari tarikh tawaran DG41 agar membuat keputusan bijak yang menguntungkan diri sendiri. Perkara ini kerap kami ulangi dan surat penempatan adalah prosidur biasa yang standard bukan penentu mutlak kedudukan.

Jika anda memerlukan pertanyaan, penjelasan dan rayuan anda hendaklah berhubung terus dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran kerana kuasa melantik DG41 terletak di bawah bidang kuasa mereka. Rayuan seelok-elok dibuat secara individu.

Surat-surat tawaran anda boleh diperolehi atau pertanyaan melalui Pn. Bibah Bibi ditalian 09-6213390 di Unit Sekolah Rendah mulai hari ini.

Senarai nama PJJ Siri 3. KLIK


2 ulasan:

Anonymous said...

tetap sabar menunggu walaupun pahit. Hampir semua member2 dah ada dlm senarai, kita je lum. Agak-agak perlu tunggu siri ke berapa ye? Ya Allah permudahkan urusanku.

USR BLOGGER TEAM said...

Insyaallah akan tiba... jika tiada kesilapan atau keciciran. Untuk kepastian sila tanya pihak SPP

Post a Comment