Tuesday, October 16, 2012

Taklimat dan penyampaian surat tawaran Guru Interim Graduan Pendidikan, KPM

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan taklimat dan penyampaian surat tawaran penempatan guru interim, graduan pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis berkenaan telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu yang dihadiri oleh 148 orang guru interim j-QAF sekolah rendah dan 9 orang guru interim sekolah menengah. Selain itu, turut hadir ialah penyelia kanan pengurusan sekolah setiap PPD seluruh negeri.

Taklimat pertama telah disampaikan oleh Penyelia Kanan Unit Rendah,En. Mat Lazim Noor berkaitan dengan kaedah dan syarat-syarat penempatan guru interim. Pada sesi taklimat kedua pegawai meja program j-Qaf, JPN Terengganu, En. Wan Ahmad Hasbi Wan Jusoh, Penolong Pengarah j-QAF telah menyampaikan taklimat yang berkaitan dengan etika perkhidmatan, isu dan cabaran khususnya guru-guru j-QAF. Beliau telah mengupas dengan mendalam agar guru-guru j-QAF dan guru-guru GPI mampu menjadi barisan hadapan dalam membina generasi terbilang yang mantap rohani dan jasmaninya.

En. Zakariah Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah telah menyampaikan surat penempatan kepada guru-guru interim berkenaan. Beliau dalam ucapannya merakamkan tahniah dan bersyukur kerana terpilih dan diberi tawaran oleh kerajaan sebagai guru interim. Beliau mengingatkan para guru interim bahawa tugas sebagai guru adalah berat dan menuntut tanggungjawab yang tinggi kerana sebagai guru kita bukan  sahaja mengajar untuk murid menjadi pandai tetapi menjadi insan yang beriman serta mantap akidah dan sahsiahnya. Justru beliau berharap para guru interim dapat menjadi model contoh yang boleh menguasai persekitaran dengan berkesan.

Selamat bertugas kepada para guru interim. Jadi guru sebenar guru. Guru yang tersanjung dan sentiasa hidup dalam jiwa anak murid justru ikhlas, kasih sayang dan kebijaksanaan.

Pekeliling PP, KPM Bil 1,2007 untuk panduan pengurusan guru interim. KLIK

No comments:

Post a Comment