Wednesday, October 10, 2012

Taklimat Pengurusan Data Murid Pendidikan Wajib

KUANTAN - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui Unit Sekolah Rendah mengadakan taklimat berkenaan di Duta Village, Kuantan bermula dari 9 - 11 Oktober 2012. Semua Penyelia Pengurusan Murid setiap PPD hadir.

En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah dalam ucapannya menyentuh beberapa perkara penting tentang tugas dan peranan penyelia murid berikutan beberapa  perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Beliau meminta penyelia memahami tentang perubahan transformasi dalam PPPM khususnya berkaitan perubahan struktur dan peranan PPD yang semakin mencabar.

Menjelang 2014 semua PPD akan diperkasakan dan peranan pegawai di PPD semakin kritikal kerana setiap dasar yang dilaksanakan akan sentiasa dinilai dan diukur. Justru fungsi dan peranan pegawai di PPD semakin penting dan mesti mempunyai kompeten tinggi bagi menanagani cabaran baru ini.

Beliau juga berharap penyelia yang  mengurus murid sentiasa tinggi ilmunya, tajam skilnya dan mempunyai aura yang hebat , komunikasi yang berkesan dan dalam segala dimensi menjadi model ikutan

No comments:

Post a Comment