PUTRAJAYA, 9
Okt (Bernama) -- Kerajaan akan menjalankan kajian mendalam berhubung modul
baharu menggunakan teknologi maklumat (IT) bagi menaik taraf dan meningkatkan
kemahiran guru dan bukan membandingkannya dengan cara tradisional dan
konvensional, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata modul baharu itu boleh membawa kepada kemungkinan yang sangat menarik daripada menghantar mereka ke institut semasa cuti persekolahan.
"Kita perlu mengenal pasti beberapa guru cemerlang dalam setiap subjek pada setiap tahun, mendapatkan mereka bagi membangunkan kandungan dan meletakkannya dalam talian manakala guru-guru lain menjadi mentor dan fasilitator," katanya pada akhir mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia (IPA) di sini, Selasa.
Najib berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk meneliti perkara itu.
"Ini adalah kelebihan utama dalam soal bagaimana kita boleh menggunakan dan mengembangkan IT bagi meningkatkan kualiti pendidikan dan bakat yang kita ada dalam negara," katanya.
Najib berkata trend di Amerika pada masa ini adalah bagi profesor terkemuka untuk mengajar secara online dan mereka boleh mencapai 100,000 hingga 150,000 pelajar berbanding saiz bilik darjah tradisional.
Dalam mesyuarat Selasa, beliau berkata satu spektrum baharu diperlukan dalam pendidikan.
"Kita boleh menyebarkan spektrum pendidikan bukan sahaja dalam hasil yang asas tetapi membuka lebih banyak peluang bagi perkongsian dengan sektor swasta untuk menghasilkan lebih banyak peluang pada masa depan," katanya.
Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengiktiraf mereka yang berpencapaian tinggi atau ikon dalam industri IT bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan ICT sebagai satu pendekatan baharu dalam negara.
Sambil memberikan contoh, beliau berkata seorang usahawan rumpai laut dari Kunak, Sabah dengan pendapatan RM450 sebulan tetapi hari ini beliau meraih pendapatan RM20,000 sebulan selepas menggunakan IT bagi mengintegrasi produk-produknya ke pasaran dunia.
"Itu adalah satu cerita yang menarik. Apabila kita sebut ICT sebagai pendekatan baharu, ia adalah satu bukti nyata mengenai apa yang membolehkan wanita itu (petani rumpai laut) meraih pendapatan begitu banyak dengan menggunakan teknologi IT dan mengintegrasikan produknya ke pasaran dunia.
"Kita perlu lebih ramai orang yang sedemikian. Kita perlu mengiktiraf kejayaan mereka agar mereka boleh menjadi pemangkin dan ikon bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan IT.
"Kita percaya konsep mengiktiraf mereka yang berpencapaian tinggi, mereka yang menggunakan IT dengan cara pendekatan baharu yang signifikan tidak sepatutnya dihadkan kepada usahawan tetapi juga kepada golongan profesional termasuk guru-guru yang boleh menjadi ikon kepada guru-guru lain dan pelajar-pelajar," katanya.
Najib menyifatkan mesyuarat IAP ini sebagai sangat produktif kerana banyak kemungkinan baru yang menarik dibincangkan.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment