Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah dan penghargaan di atas komitmen, kerjasama dan pemufakatan antara sekolah dengan institusi dan kepimpinan masyarakat. Tegas beliau, pemufakatan inilah formula besar dan utama dalam menjana kecemerlangan pendidikan di sekolah kerana menurut beliau pembangunan kecemerlangan pendidikan tidak boleh dilaksanakan secara sendirian.
Selain dari itu, beliau menyeru guru-guru dan ibubapa bersedia dengan perubahan besar dalam pendidikan pada masa depan khususnya yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025. Menurut beliau lagi dalam Bajet 2013 kerajaan telah memperuntukkan melebihi RM38 bilion untuk pendidikan sebagai bukti betapa pentingnya pendidikan untuk maruah kekuatan bangsa, agama dan negara.
Sebelum itu, En. Mohamad bin Embong, Guru Besar, SK Padang Kemunting dalam ucapan aluan-aluan mengajak ibubapa supaya bersama berusaha seiring pihak sekolah dalam memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak khususnya di SK Padang Kemunting. Beliau telah memberi pelbagai tip bagi membantu ibubapa mendidik anak-anak.
Hari Anugerah Cemerlang,SK Padang Kemunting turut meraikan anak-anak prasekolah, pencapaian cemerlang akademik, kokurikulum bahkan juga dalam pencapaian kepimpinan.Sesungguhnya usaha-usaha menghargai bakat, kebolehan dan pencapaian anak-anak semestinya menjadi agenda motivasi berterusan setiap sekolah dalam usaha menjana kecemerlangan dan keterbilangan pendidikan.
No comments:
Post a Comment