Sunday, February 26, 2012

TINDAKAN SEGERA : Urusan Kenaikan Pangkat PPLD yang memperolehi Ijazah semasa dalam perkhidmatan ke Gred DG1-1 (DG41)

Kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG2-1 (DGA29), DG2-2 (DGA32), DG2-3(DGA34) dan DG2-5(DGA38) yang memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memilih SBPA serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh dinaikkan pangkat ke Gred DG1-1 (DG41) tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Sehubungan dengan itu semua guru PPLD yang memiliki ijazah dan belum dilantik ke DG1-1(DG41) perlu mengambil TINDAKAN SEGERA untuk menghantar dokumen yang diperlukan  yang boleh didownload DI SINI ke Unit Naik Pangkat JPN Terengganu pada atau sebelum 11 Mac 2012.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
  • En. Mohd Saidi bin Abu Bakar - 09-6213246
  • Pn. Suzana bt. Ibrahim - 096213149
* Tolong war-warkan kepada rakan-rakan kita.

5 comments:

  1. pekeliling ni dikuatkuasakan di negeri terengganu saje ke? negeri-negeri lain tak ada ke?

    ReplyDelete
  2. afyfahh : Seluruh negera...Johor dah buat lebih awal dari kami..Kami baru start minggu ni.

    ReplyDelete
  3. selangor x mula lagi..tahun depan kut baru sibuk2 nk cari info..hehe

    ReplyDelete
  4. ye lah...kenapa x seragam ya....

    ReplyDelete
  5. BIASALH KAN SELANGOR DI BAWAH LEMBAYUNG PEMBANKANG...SEBAB TU LAH KITA NI,SBG KAKITANGAN AWAM,KENA SOKONG PUCUK PIMPINAN KITA,DATO' NAJIB...TAK GITU KENGKAWAN....

    ReplyDelete