Thursday, February 16, 2012

SK Paka 2 berpotensi meraih pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan

DUNGUN - Setakat ini tiada sebuahpun SR atau SMK di daerah Dungun yang meraih anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) atau Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kecuali SM Sains Dungun yang baru-baru ini menerima pengiktirafan SKK  dalam kategori Sekolah Berasrama Penuh. Sesekali timbul pertanyaan mengapa SR atau SMK daerah Dungun yang terkenal dengan legasi keterbilangan zaman Dato' Cg. Rahim Tahir menjadi Pengetua SMK Tengku Intan Zaharah lagi tidak mampu mencapai SKK atau SBT?

Pagi tadi dalam perjalanan dari satu mesyuarat di Kuantan, saya, Ketua Unit Rendah dan Ketua Unit Prasekolah sempat singgah di SK Paka 2 antara salah sebuah sekolah yang dicalonkan untuk pengiktirafan SKK Tahun 2012 selain SK Tepus dan SK Kampung Wa. Tujuan dan niat kami untuk melihat persediaan pihak sekolah bagi menghadapi pencalonan ini, kekuatan-kekuatan yang ada serta masalah-masalah yang boleh kami bantu. Kami bertiga belum pernah sampai ke sekolah ini dan kehadiran kami ke sini tidak kami maklumkan kepada pengurusan sekolah.

Apabila memasuki kawasan sekolah kami terasa aura "kehebatan" melihat kebersihan, seni taman serta iklim persekolahan yang begitu memberangsangkan. Bertemu dengan pasukan pengurusan sekolah meyakinkan kami bahawa SK Paka 2 mempunyai potensi besar bergerak ke arah SKK dan SBT pada masa depan. Sikap positif, semangat yang tinggi dan kesediaan mengorbankan masa dan tenaga dari kalangan pengurusan sekolah akan memotivasikan guru-guru dan warga sekolah di bawahnya. Kita selalu dengar " Tidak ada sekolah yang baik dipimpin oleh Guru Besar atau Pimpinan Sekolah yang lemah". SK Paka 2 mempunyai kekuatan tunjang ini. Mereka memiliki Guru Besar dan barisan GPK yang boleh memimpin sekolah dengan berkesan.

Sayangnya budaya dokumentasi setiap kejayaan dan hasil tidak bermula sejak dari dahulu lagi. Kalaulah perkara demikian telah bermula sejak lama pasti lebih memudahkan kerja-kerja pencalonan itu. Bagaimanapun kesediaan dan kesabaran pimpinan dan para warga sekolah berusaha melengkaptambah dan menyusunatur semula merupakan usaha yang sangat terpuji dan patut diberi kredit.

Satu lagi sumber kekuatan yang dimiliki SK Paka 2 mereka mempunyai kombinasi guru senior dan junior yang dapat menyatukan misi dan visi dan aspirasi untuk berjaya serta menjadi yang terbaik dengan kuat. Mereka nampak bersemangat dan bertenaga. Mereka mempunyai idea yang kreatif. Jika mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan penandaarasan berkaitan Kelas Pendidikan Khas Integrasi, Kelas Pendidikan Pemulihan, Bilik j-Qaf  serta Pengurusan Bilik Buku Teks (Boss) inilah sekolahnya. Semangat dedikasi , idea dan kreativiti diterjemahkan dengan baik sekali. Datanglah anda akan belajar sesuatu.

Kami percaya jika jalinan hubungan pengurusan sekolah, para guru, ibubapa dan PIBG dapat digembeling dan dipertingkatkan SK Paka 2 akan menjadi Sekolah Kebangsaan Pertama di daerah Dungun yang bakal meraih pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Kejayaan itu nanti bakal memudahkan  laluan sekolah ini  untuk meraih anugerah Tawaran Baru Guru Besar dan mencapai pengiktirafan tertinggi sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Tidak ada yang mustahil. Hendak seribu daya mahu seribu cara.

Tahniah SK Paka 2, anda memiliki potensi besar untuk dipugar menjadi sekolah tersohor dan terhebat.

 Sekilas pandang Bilik Guru , Pusat Ternak Cendawan, Bilik J-Qaf, Bilik KPKI, Bilik Pemulihan

4 comments:

  1. Tahniah sk paka 2, upsr 2011 mengkagumkan. Tahun ni harap upsr 2012 cemerlang. Jgn lupa bg jawapan utk exam upsr 2012 nanti. Turn
    Turn anak saya pula 5A 2012 ni

    ReplyDelete
  2. Anonymous : Kalau SK Paka 2 anda rasa kurang integriti mengurus UPSR jangan hantar anak sekolah ini. Dekat area Paka banyak sekolah lain yang boleh di hantar. Kalau anak you cerdik sekolah manapun boleh dapat 5A.

    ReplyDelete
  3. sangka baik...
    sesungguhnya rezeki Allah melimpah ruah tanpa bejana dan bekas, mana mungkin mampu kita mengutipnya. hanya bejana yang baik mampu megumpul rezeki yang banyak. berlapang dada dengan kurniaan Allah hindari buruk sangka ....

    ReplyDelete
  4. CIKGU SAMA CIKGU.baloh...TUUU hok boleh sikit dgn ...hok buleh banyok..

    ReplyDelete