Tuesday, February 14, 2012

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 16 Feb 2012

GPK baru yang ditawarkan..

KUALA TERENGGANU - Pada 16 Februari ini beberapa orang Guru Besar bertukar kerana kekosongan disebabkan persaraan. Sementara beberapa Guru Besar dalam proses pengisian dan tidak dapat diisi kerana calon masih dalam proses KPM. Sementara bagi pertukaran dan pengisian jawatan GPK tiada masalah dan berjalan lancar. Calon GPK dari proses penghakikian sedia untuk ditawarkan bila-bila masa berdasarkan kekosongan dan daerah.

Semua Guru Besar atau GPK yang terlibat boleh mendapatkan surat mereka daripada PPD masing-masing. Mereka dikehendaki melapor diri di sekolah baru mulai 16 Februari. Guru Besar dan GPK yang terlibat juga diwajibkan mengisi borang serah tugas yang boleh didownload dalam web ini.

Selamat bertugas kepada semua yang terlibat, semoga kehadiran anda bakal menyemarakkan gerakan kecemerlangan sekolah berkenaan.

Senarai lengkap pertukaran dan penempatan Guru Besar & GPK pada 16 Februari 2012. KLIK

No comments:

Post a Comment