BESUT - Hari ini warga SBT SK Tengku Mahmud mengadakan Majlis Kesyukuran dan Mesyuarat Agung PIBG. Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB. Muhammad Pehimi Yusof, Adun Kota Putera. Majlis berkenaan yang gilang gemilang itu juga dihadiri oleh Timbalan PPD Besut, Pegawai-pegawai PPD, Pengarah IPGM Sultan Mizan, Pengetua-Pengetua dan Guru-Guru Besar daerah Besut serta pesara guru daerah Besut terutama yang ada hubungan nastolgia dengan SK Tengku Mahmud.
Saya sebagai Pegawai Meja Kluster JPN Terengganu bersama Penolong Pegarah Guru Unit Rendah yang turut sama meraikan merasa bangga dan bersyukur di atas pencapaian terbilang SK Tengku Mahmud sebagai salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi. SK Tengku Mahmud dibawah pimpinan guru besarnya Tuan Haji Abdul Rahman bin Sardar telah membawa SK Tengku Mahmud mencapai keterbilangan teruatama dalam UPSR dan kokurikulum ke peringkat negeri dan kebangsaan. Bahkan dalam beberapa bidang seperti jalinan dan jaringan serta penandaarasan hingga ke peringkat antarabangsa.
Pada April sekolah ini telah menerima pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan menggondol hadiah wang RM250,000.000 dan 3 Februari lalu mereka menerima pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi dengan meraih hadiah RM700,000.00. Sekarang ini mereka juga menunggu Anugerah Tawaran Baru Guru Besar. Peruntukan sebagai SBT bukan setakat RM700,000.00 sahaja tetapi tahun-tahun depan mereka akan terus menerima peruntukan ratusan ribu untuk baik taraf, memperkasakan bidang-bidang kebitaraan, penandaarasan hingga ke peringkat antarabangsa.
Tahniah SK Tengku Mahmud semoga terus menjadi ikon Sekolah Terbilang daerah dan negeri. Selain itu bantu dan pimpinlah sekolah-sekolah lain untuk turut sama mencapai darjah keterbilangan tertinggi sekolah di negara ini.
No comments:
Post a Comment