KUALA TERENGGANU - Seramai 132 orang GDL KPLI-j-Qaf Mod LPBS menerima surat penempatan untuk latihan di sekolah selama setahun setengah dari En. Zakariah bin Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri di Hotel Permai pada pagi ini. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ustaz Wan Mohd Fauzi Wan Mahmud dan Ustaz Wan Mohd Hasbi Wan Jusoh dari Sektor Pendidikan Islam. Semua Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD turut hadir.
Pelatih guru ini terdiri dari pelbagai IPGM dari seluruh negara. Berdasarkan perjanjian baru selepas setahun sete ngah mengikuti latihan mereka akan diberi penempatan semula secara tetap tidak sebagaimana amalan terdahulu mereka bakal ditempatkan di sekolah yang sama selepas latihan sekurang-kurangnya dalam tempuh selama 36 bulan sebelum mereka layak mohon bertukar.
Sebelum itu majlis hari ini dilengkapi dengan taklimat oleh Ustaz Wan Mohd Hasbi Wan Jusoh selaku pegawai pengurusan j-Qaf, JPN Terengganu dan En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah.
Kita berharap melalui pendedahan dan taklimat ini para pelatih dapat membuat persediaan menjalani latihan dengan baik dan berkesan sebelum secara total berkhidmat sebagai Guru Terlatih j_Qaf. Kita juga berharap pengurusan sekolah dan para guru di sekolah yang terlibat dapat membantu bakal-bakal guru melaksanakan kerjabuat sebenar melalui latihan amalan keguruan secara sebenar berorientasikan hand-on di sekolah- sekolah.
No comments:
Post a Comment