Monday, February 6, 2012

Taklimat dan Bengkel Pencalonan SKK Tahun 2012

MARANG - Sebanyak 27 buah sekolah telah dikenalpasti oleh PPD masing-masing untuk dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan(SKK) SR Tahun 2012. Oleh yang demikian  Guru Besar dan GPK sekolah terbabit pada hari ini telah diberikan taklimat dan bengkel bagi membuat persediaan pencalonan mereka. Walau bagaimanapun terdapat beberapa buah sekolah tidak layak dicalon kerana GPS selama tiga tahun (2009,2010 dan 2011) melebihi 2.0. Taklimat berkenaan telah diadakan di BTPN Terengganu.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah , En. Zakariah bin Ali telah menyampaikan ucaputama. Beliau berharap sekolah yang terpilih perlu positif serta bersedia sebaik mungkin menyahut cabaran dan harapan ini. JPN Terengganu mensasarkan sepuluh buah sekolah SKK dapat dihasilkan pada tahun 2012. Menurut beliau perkara berkenaan bukan mustahil jika ada keghairahan , keyakinan dan kepercayaan untuk mencapainya.

Tuan Haji Yusof Karim, Guru Besar, SK Sultan Sulaiman 1 dan Tuan Haji Abdul Rahman Sardar, Guru Besar SK Tengku Mahmud, Besut yang mana masingp-masing baru sahaja menerima pengiktifan SBT turut berkongsi pengalaman. Bidang pemilihan dan pengurusan kebitaraan serta persediaan dokumen untuk verifikasi SKK telah diberi kupasan yang menarik untuk mempertingkatkan keyakinan calon-calon SKK.

Kita akan terus memberi bimbingan kepada sekolah-sekolah yang tersenarai melalui rakan-rakan Guru Besar yang telah memperolehi SKK dan SBT agar mereka jelas dan mampu bergerak ke arah SKK dan SBT yang sempurna dan berjaya melalui konsep perkongsian dan bimbingan strategik.

Majlis penutupan bengkel ini telah disempurnakan oleh En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah.

Panduan ,  Borang dan Bahan Taklimat download DI SINI
dan Powerpoint SKTM DI SINI 

Jadual Bimbingan . DI SINI

p/s Bagi membuka fail yang berkenaan komputer anda perlu diinstall WinRAR dan Microsoft Powerpoint 97-2003 atau versi 2007


No comments:

Post a Comment