Pagi ini, 3 Februari 2012 di Auditorium Parcel E, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya berlangsungnya majlis Pengiktirafah Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3. Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Beberapa buah sekolah seluruh negera yang memenuhi kreteria dan mencapai standard yang ditetapkan bakal menerima pengiktirafan berkenaan. Proses pemilihan Sekolah Berprestasi Tinggi dilakukan dengan teliti supaya benar-benar bermakna dan berprestaj. Bukan sahaja kecemerlangan akademik semata-mata diambilkira tetapi keseluruhan aspek persekolahan melalui pengukuran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dinilai,diverifikasi dan diakusahkan oleh panel penilai yang dilantik. Selain dari itu sesuai dengan jenamanya sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi maka tarafnya mestilah berada pada peringkat antarabangsa. Justru melalui penilaian Annex setiap sekolah terpilih akan dinilai aspek personaliti unggul, jalinan , jaringan, anugerah dimenangi peringkat kebangsaan dan antara bangsa serta penandaarasan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Terengganu pada kali ini sangat bertuah kerana dua buah sekolah lagi diktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi selepas Imtiaz, Besut, SMK Lembah Bidong dan SK Sultan Ismail, Kemaman. Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3 pula dimenangi oleh SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu dan SK Tengku Mahmud Besut, Terengganu. Kedua-dua sekolah ini adalah dari Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3 dan 4.
SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu di bawah pimpinan Tuan Haji Yusof bin Karim, mantan Pengerusi MGB Terengganu dan juga Bendahari GMGBM Malaysia sangat menyerlah dalam penganjuran acara peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa khususnya dalam Pertandingan Teakwando. Sekolah ini juga menjadi rebutan utama para ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka dan antara satu-satunya sekolah yang mana muridnya adalah berbilang bangsa. Sekolah ini tidak menggunakan sebarang loceng untuk peralihan waktu. Menjadi pilihan utama destinasi lawatan penandaarasan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Terkenal dengan Galeri Sulaiman.
Sementara SK Tengku Mahmud, Besut di bawah pimpinan Tuan Haji Abdul Rahman bin Sardar, Pengerusi MGB Daerah Besut. Sekolah ini antara sekolah tersohor pencapaian terbaik dan teramai UPSR diperingkat negeri dan kebangsaan. Sekolah itu menjadi tumpuan utama masyarakat daerah Besut dan sering menjadi destinasi lawatan penandaarasan sekolah dalam dan luar negara. SK Tengku Mahmud baru sahaja menerima pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada awal tahun lepas dengan meraih RM250,000 untuk pelbagai aktiviti dan program kebitaraan. Kali ini mereka menang lagi...
Pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi akan diiringi dengan hadiah kemenangan berupa peruntukan bernilai RM700.000.00 untuk pelbagai program . Di samping itu pemenang Sekolah Berprestasi Tinggi setiap warganya akan menerima RM700.00 seorang. Insyaalah jika kedua-dua sekolah ini memenangi pula Anugerah Tawaran Baru Guru Besar maka sekurang-kurangnya setiap guru akan menerima wang tunai RM1,600.00 seorang (SBT-RM700.00 dan New Deal-RM900.00). Namun kami yakin bukan itu yang warga kedua sekolah ini buru. Mereka pada hemat kami "memburu" keterbilangan untuk menjadi yang terbaik. Memburu jenama yang berprestaj. Memburu agar nama sekolah terjulang penuh maruah di persada dunia. Tahniah!
Marilah kita raikan pengiktirafan ini dengan penuh syukur dan keiltizaman untuk terus menjadi yang terbaik. Tahun ini kita ada 28 buah sekolah berada di Band 1. Tolak tiga Sekolah Berprestasi Tinggi kita ada 25 buah sekolah Band 1 yang bakal dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Kita berharap aura dari pengiktirafan SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Tengku Mahmud Besut dapat menyentuh jiwa dan keinginan 25 buah sekolah ini untuk berazam dan berusaha ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi mulai sekarang.
Petua besar untuk mencapai pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi ialah "membunuh segala mitos dan membebaskan pemikiran serta jiwa terikat dalam penjara pesimis kepada kemerdekaan , keyakinan dan kesediaan menyahut cabaran".
Congratulations to SK Sultan Sulaiman 1 & SK Tengku Mahmud! Hope there will be more schools in Terengganu to receive this award! Well done, sirs!
ReplyDeleteCongratulations to SK Sultan Sulaiman 1 & SK Tengku Mahmud! Hope there will be more schools in Terengganu to receive this award! Well done, sirs!
ReplyDeleteKehebatan SBT(SKSS 1 & SKTGM) banyak bergantung kpd karisma GB kedua-dua sekolah.kehebatan ini menjadi motivasi kpd guru kedua sekolah menjana perkembangan dan pembestarian organisasi serta murid.Pengurusan yg intelek,hala tuju,proses want to be sekolah SBT diadun sebegitu jitu dalam pelbagai aspek membawa kejayaan optima.Tahniah dan Syabas.Semuga menjadi pendorong kpd WARGA PENDIDIK.
ReplyDelete