Anggota Panel Penilai yang dilantik terdiri dari Pegawai Kanan Jabatan , Jemaah Nazir dan Jaminan Kualti Negeri serta wakil Guru Besar berpengalaman mengurus SKK dan SBT. Antara lain tujuan pembentangan ini untuk memilih calon SKK yang mempunyai kekuatan dan keistimewaan dari pelbagai aspek untuk diketengahkan sebagai calon SKK Tahun 2012 selain membimbing dan membantu sekolah memantapkan penyediaan borang pencalonan , folio dan dan persembahan.
Rata-rata guru besar yang membuat pembentangan pada hari pertama sudah mulai faham konsep dan kebitaraan SKK. Setengahnya membuat persediaan dan persembahan dengan baik seakan persediaan untuk pencalonan SBT. Ada juga sesetengah merasa pemilihan awal ini sebagai persediaan permulaan untuk bergerak ke arah SKK dengan lebih mantap pada tahun-tahun akan datang.
Pencalonan yang baik dan sempurna pada pendapat kami ialah :
- menyediakan borang pencalonan selengkap dan sebaik mungkin
- setiap bahagian dari borang diperluas dalam folio dengan avidenya melalui data,graf,gambar,sijil, pamplet, surat dan sebagainya yang menjadi bahan bukti
- powerpoint yang menggambarkan dalam bentuk gambar dan grafik (minimakan ayat-ayat panjang) setiap bahagian dari folio.
No comments:
Post a Comment