Berdasarkan perkembangan terbaharu bahawa penempatan untuk latihan j-Qaf mulai sesi ini tidak sama sebagaimana j-Qaf yang lepas. Kalau dahulu pelatih j-Qaf akan ditempatkan selama setahun setengah di sesebuah sekolah, kemudian selepas tamat latihan mereka akan ditempatkan semula di sekolah yang sama selama 36 bulan barulah mereka layak memohon bertukar. Namun mulai penempatan kali ini, pindaan perjanjian telah dibuat di mana klausa "bertugas di sekolah yang sama selama 36 bulan selepas latihan" telah ditiadakan.
Implikasi dari perubahan itu, pelatih j-Qaf akan menjalani latihan di sekolah yang ditetapkan oleh JPN Terengganu dan menjelang tamat latihan setahun setengah mereka perlu memohon penempatan negeri melalui IPGM tempat latihan itu diadakan sebagaimana pelatih program pendidikan yang lain seperti KPLI, DPLI ataupun PISMP. Ini bermakna mereka bakal ditempatkan di sekolah atau negeri yang memerlukan khidmat dan perjawatan berkenaan di seluruh negara.
Sedutan perjanjian j-Qaf terbaru
Mesyuarat hari telah memutuskan Majlis Penyerahan Surat Penempatan Guru Dalam Latihan KPLI-j-Qaf Ambilan Januari 2012 sebagaimana berikut:
- Tarikh : 13 Februari 2012 (Isnin)
- Masa : 8.30 pagi
- Tempat : Hotel Permai, Kuala Terengganu
- Pakaian :
- Lelaki - pakaian kerja kemas,tanda nama,tali leher dan berkot.
- Perempuan - pakaian kerja kemas,tanda nama, berkot dan berkasut.
- Senarai Nama Pelatih KPLI-jQaf . KLIK
No comments:
Post a Comment