Saturday, February 11, 2012

Sambutan Maulidur Rasul & Majlis Kesyukuran Sekolah Berprestasi Tinggi, SK Sultan Sulaiman 1

KUALA TERENGGANU - Pada 13 September 2011 kami telah meramalkan bahawa SK Sultan Sulaiman 1 bakal mencipta sejarah besar dalam pencapaian UPSR dan bakal diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Ramalan itu berasaskan petunjuk prestasi yang kami catatkan di sini.

Hari ini SK Sultan Sulaiman 1 meraikan kejayaan di atas ramalan tersebut. Hari ini mereka mengadakan kenduri besar Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Kesyukuran di atas kecemerlangan UPSR dan pengiktirafan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi pada 3 Februari yang lalu. Dua hari lepas Guru Besar, SK Sultan Sulaiman 1 dan Guru[-Guru  Besar yang sekolah mereka mencapai kejayaan cemerlang telah dirai dan diberikan hadiah oleh YAB Menteri Besar Terengganu.

Kita percaya kejayaan cemerlang dan terbilang SK Sultan Sulaiman 1 ini adalah hasil penyatuan misi dan misi dalam satu fikrah mahu yang terbaik dan terbilang antara Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Para Guru, YDP PIBG dan ibubapa, murid-murid serta seluruh masyarakat setempat. Kebijaksanaan Pimpinan Sekolah dan PIBG mengolah peluamg dan ruang itulah antara hasil mengapa SK Sultan Sulaiman 1 berdiri gah sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi yang hebat hari ini. Tahniah ! Teruskan legasi keterbilangan ....

No comments:

Post a Comment