Semua guru besar yang terlibat dengan Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2012 diwajibkan menghantar dokumen pencalonan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (u.p: Ketua Unit Sekolah Rendah) pada atau sebelum 27 Februari 2012.
Untuk makluman juga bagi penyediaan pencalonan kali ini pihak KPM dalam arahan terbaru menggantikan Profil Sekolah dengan Folio Pencalonan. Ini bermakna pihak sekolah tidak perlu menyediakan Profil Sekolah. Walau bagaimanapun jika sekolah ingin juga menyediakan Profil Sekolah pihak jabatan tiada halangan. Jika pihak tuan menghadapi pertanyaan sila hubungi Penolong Pengarah SBP/Kluster, En. Hamid Yahya Tel : 0199803189 / 096213064 atau Penyelia Kanan Projek Khas/ Kluster / Asli ditalian : 09-6213109
Dokumen yang perlu dikemukan:
1. Borang Pencalonan SKK 2012
2. Folio Pencalonan yang lengkap
3. Persembahan Power Point
4. Panduan Mengisi Borang dan Folio
5. Panduan Memilih Kebitaraan
6. Ringkasan Pencalonan SKK ke KPM
7. Contoh Powerpoint Pembentangan
Senarai Sekolah yang layak terkini. KLIK
BORANG DAN DOKUMEN PENCALONAN DARI WEB KPM . KLIK
As salam. Terima kasih atas makluman tuan. InsyaAllah kami akan sediakan sebaik mungkin. Walaubagaimanapun kami amat memerlukan panduan dan bimbingan dari pihak tuan dan PPD seterusnya.
ReplyDeleteTerima kasih.
Mat Zaki Embong
Guru Besar,
SK Teluk Menara, K.Tr.
Terima kasih Tuan Guru Besar, SK Teluk Menara. Kita respect semangat tuan..Moga ramai lagi pemimpin sekolah macam tuan.
ReplyDeletebagaimana kalau profil sudah disiapkan? Kerana dalam profil terdapat maklumat yang dikehendaki seperti dalam folio..apa bezanya cuma folio lebih ringkas..
ReplyDeleteAssalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1Malaysia..
ReplyDeleteSeronok betul bila mendengar dan melihat guru besar2 yang begitu komited dan bersemangat untuk memajukan dan menaikkan taraf pendidikan di sekolah.. Syabas diucapkan, moga dilimpah rezeki berganda kepada semua guru besar..amin
Yusoff Ali
BPSH, KPM.