KUALA TERENGGANU - " Berdasarkan pengalaman anak saya sebagai jurutera elektrik jika elektrik padam sekarang selewat-lewat jam 12.00 malam nanti elektrik akan dipulihkan ataupun lebih awal. Jika akauntan tersilap perkiraan lima sen sebelum jam 11.00 malam punca perkiraan itu akan dapat dikesan. Tetapi jika guru SR silap mendidik (ilmu,kemahiran dan nilai) sekarang kesannya akan dirasai duapuluh atau tiga puluh tahun akan datang", demikian antara intipati ucapan En. Zakaria Ali, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah sewaktu menyampaikan ucapan di Majlis Taklimat Penempatan Guru SR Lepasan Program B.Ed. TESL di Gelari Sulaiman, SK Sultan Sulaiman 1, pagi ini.
Beliau juga mengingatkan sepuluh orang guru baru ini bahawa tugas guru adalah luas dan sukar kerana kita membina dan membentuk manusia yang menuntut banyak pengorbanan masa dan tenaga. Tegas beliau lagi tugas guru bukan mengajar semata-mata tetapi melaksanakan sokongan pembelajaran seperti kegiatan kokurikulum yang perlukan kemahiran, kecekapan dan kebijaksanaan.
Sebelum itu, En. Johari Ismail dari Unit Latihan menyampaikan taklimat program pembangunan guru baru. Sementara Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong menyampaikan taklimat berkaitan penempatan dan perkhidmatan. Pada majlis berkenaan juga kecuali Besut semua Penyelia Kanan PPD hadir kerana mereka menerima guru baru bagi daerah masing-masing.
Kita amat yakin guru-guru ini yang mengadakan twin-program dengan universiti luar negara selama dua tahun bukan sahaja dapat memenuhi masalah kekurangan Guru Bahasa Inggeris tetapi juga mampu mempertingkat penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Popular Posts
-
Sukacita dimaklumkan, bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan pemangkuan bagi PPPLD gred DGA32 ke gred DGA34 (Bid...
-
Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Dalam Talian UKM1 ,Tahun 2011. Terbuka kepada semua Pelajar berusia 8 - 15...
-
Kepada semua Pengetua dan Guru Besar, Negeri Terengganu PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA pintar UKM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012 1. S...
Monday, February 20, 2012
Taklimat Penempatan Guru SR Lepasan Program B.Ed. TESL
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 4:08:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










0 ulasan:
Post a Comment