Wednesday, February 8, 2012

JPN Terengganu meneruskan tradisi ilmu kepada warga kakitangannya


KUALA TERENGGANU – JPN Terengganu tahun ini meneruskan tradisi pembudayaan ilmu dan pembangunan sahsiah diri kepada warga kakitangannya. Ini adalah selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai pemimpin, pengurus, penyampai dan pelaksana segala dasar-dasar pendidikan negara di peringkat negeri Terengganu. Selain itu sebagai jabatan yang mempunyai pelanggan yang amat ramai maka sewajarnya setiap warga JPN Terengganu sentiasa perlu mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan kecekapan penggunaan teknologi dalam pengurusan terkini.

Selain dari itu, setiap warga JPN Terengganu yang berada dalam hiraki tertinggi organisasi dalam pengurusan pendidikan negeri seringkali diperhati dan menjadi contoh rujukan pelanggan terutama soal sahsiah, ketrampilan serta amalan nilai-nilai sosial tinggi. Budi bahasa, kemahiran komunikasi, kesabaran dan kebijaksanaan menyelesai dan mengurus masalah pelanggan adalah aspek yang sangat penting dikuasai dan dihayati oleh semua kakitangan JPN Terengganu.

Sehubungan dengan itu, JPN Terengganu telah mengambil pelbagai pendekatan seperti meneruskan tradisi membaca Al-Quran dan doa pagi, majlis tazkirah, pameran bulanan serta hari perkhidmatan pelangggan, bicara ilmu perhimpunan bulan serta kursus-kursus dalaman dalam aspek pembangunan personaliti, khidmat pelanggan dan sebagainya.

Kita berharap setiap warga JPN Terengganu tahu dan sedar kedudukan dan peranan besar mereka. Di atas bahu setiap warga JPN Terengganu terpikul amanah besar pendidikan negara serta nama baik JPN Terengganu.

 Pameran untuk Bulan Februari oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling

No comments:

Post a Comment