Wednesday, February 1, 2012

Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK kuatkuasa 1 Feb 2012

KUALA TERENGGANU - Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru atau jawatan baru bagi mereka yang bertukar atau dinaikkan pangkat. Pengisian kekosongan kita tiada masalah calon kerana stok calon DGA32 (IKUP) yang diluluskan untuk mengisi 80% jawatan GPK bagi tahun 2012 mencukupi. Pengisian 20% lagi adalah calon pemangkuan DGA29 yang dihantar oleh BPSM kepada kita. Sementara bagi mengisi calon guru besar kita juga belum menerima apa-apa senarai daripada BPSM dan GPK Pentadbiran sekolah terbabit hendaklah menjalankan tugas sehingga jawatan diisi. Pegawai Pelajaran Daerah boleh mengeluarkan surat menjalankan tugas kepada GPK Pentadbiran bermula tarikh kekosongan guru besar sekolah terbabit.

Semua Guru Besar dan GPK yang bertukar atau naik pangkat boleh mendapatkan surat mereka melalui PPD masing-masing. Semua mereka yang terlibat wajib menyediakan Borang Serah Tugas yang boleh didownload melalui menu sebelah kanan blog ini.

Selamat bertugas semoga kehadiran anda memberi impak besar terhadap pencapaian dan kemajuan sekolah baru. Tahniah.

Senarai penuh . KLIK

No comments:

Post a Comment