KEMAMAN - Hari ini saya dan Ketua Unit Sekolah Rendah telah mengadakan pemantauan di SBT, SK Sultan Ismail, Kemaman dan meninjau di SK Kemasik, SK Seri Gelugor dan seterusnya mengadakan perjumpaan dengan semua guru bagi menyampaikan taklimat berkaitan persediaan pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan Tahun 2012.
SK Kerteh, Kemaman adalah satu-satunya sekolah daerah Kemaman yang memenuhi syarat asas GPS kurang 2.0 dalam masa tiga tahun untuk layak dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Tahun 2012. Setakat ini daerah Kemaman telah memiliki satu Sekolah Berprestasi Tinggi dan dua buah Sekolah Kluster iaitu SK Rantau Petronas dan SMK Mak Lagam.
SK Kerteh , sekolah luar bandar yang menghampiri usia seratus tahun mempunyai pelbagai kekuatan terutama kehendak dan kemahuan pengurusan dan para guru ke arah SKK. Kehendak dan kemahuan yang tinggi pasti membuahkan inisiatif membangkitkan dayausaha dan tindakan untuk melaksanakan apa yang diingini. Namun jika awal-awal pemikiran pengurusan dan anak buah negatif ianya tidak akan membawa apa-apa makna. Ia tidak akan merubah apa-apa. Vision with out action is a dream.
SKK berkait rapat dengan watak kebitaraan ( niche area) sesebuah sekolah sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum. SK Kerteh mempunyai potensi itu seperti memperkasakan dan memperluaskan bidang kebitaraan berasaskan robotik yang sudah ada akarnya. Kita percaya jika semua warga sekolah SK Kerteh berjiwa besar mereka mampu merealisasikan hasrat menjadi SKK Tahun 2012.
Orang yang berjiwa besar, memikirkan pelbagai idea
Orang yang biasa-biasa , hanya tahu mengulas peristiwa
Orang yang berjiwa kecil, hanya mampu membicarakan kehebatan orang lain
Orang yang berotak kecil, hanya tahu dan mengangkat konon dirinya yang terbaik
No comments:
Post a Comment