NAIK GRED
Mengikut apa yang kami faham adalah di mana seseorang kakitangan awam (guru) dari segi perjawatannya telah memenuhi syarat-syarat perjawatan untuk berpindah ke sesuatu gred yang lain lebih tinggi. Contohnya jika ianya ingin naik gred DG41 ianya WAJIB memiliki lulus ijazah sarjana muda dan yang setaraf dengannya kerana itu adalah syarat asas perjawatan pada gred berkenaan selain mematuhi dan memenuhi prosidur lain seperti:
- mereka mesti memohon untuk naik ke gred berkenaan
- mereka yang layak ditemuduga dan mesti lulus
- menerima pakej tawaran lantikan ke gred baru dan syarat-syarat perkhidmatan dan gaji
- menerima surat lantikan ke gred baru
- menjalani apa jua kursus yang disyaratkan untuk pengesahan atas gred berkenaan
- diurusetia proses permohonan dan pelantikan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
Naik pangkat mengikut fahaman kami ialah apabila seseorang pegawai memenuhi syarat-syarat perkhidmatan untuk layak menjawat jawatan lebih tinggi dengan berlaku perubahan pada gred jawatan dan bidang tugasnya sesuai dengan kekududukan naik pangkat jawatannya. Umumnya mereka mesti memenuhi syarat-syarat berikut:
- memenuhi syarat lama berkhidmat atas gred jawatan semasa ( seperti 8 tahun atau 10 tahun)
- mempunyai nilaian prestasi tahunan selama tiga tahun yang cemerlang
- bebas dari apa juga tindakan tatatertib
- mengisi borang permohonan melalui iklan yang disiarkan atau diperaku oleh Ketua Jabatan
- lulus PTK / Prospek
- ditawar / dilantik berdasarkan kedudukan ranking (yang teratas ditawarkan dahulu)
- ujudnya tempoh pemangkuan di jawatan gred naik pangkat baru antara 6 bulan ke atas
- diperakukan oleh Ketua Jabatan dan Nilaian Prestasi Khas
- Keputusan layak atau tidak, lulus atau gagal ditentukan oleh Lembaga Naik Pangkat
Semoga dengan penerangan kami yang lemah dan ringkas ini dapat membuka ruang perkongsian agar kita kaum guru jelas terhadap sesuatu perkara.
No comments:
Post a Comment