Wednesday, February 15, 2012

Mesyuarat Pengurusan Murid Pendidikan Wajib

KUANTAN - Unit Sekolah Rendah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Terengganu mengadakan Mesyuarat Pengurusan Murid Pendidikan Wajib Kali 1, tahun 2012. Mesyuarat yang bermula 14 - 16 Februari 2012 di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Wahab bin Mohamad, Penyelia Kanan Pengurusan Murid. Semua Penyelia Kanan dan Penyelia Pengurusan Murid hadir. Turut hadir wakil Unit Prasekolah dan wakil dari Sektor Pendidikan Khas dan Swasta.

Ketua Unit Sekolah Rendah, En. Jelani Sulong hadir menyampaikan ucaputama  dalam mesyuarat ini. Beliau menyentuh pelbagai isu berkaitan pengurusan murid, naik pangkat, sekolah kluster dan sekolah berprestasi tinggi dan isu penempatan guru. Beliau berharap semua pegawai pengurusan murid juga dapat membantu terutama bagi sekolah yang dicalonkan sekolah kluster.

Sementara itu Ketua Unit Prasekolah, En. Zakaria Muda menerangkan siaran berkaitan pendaftaran dan pengurusan prasekolah dan mohon pegawai pengurusan murid di setiap PPD membantu menyampaikan maklumat kepada pengurusan sekolah dan masyarakat.

Antara perkara yang menjadi fokus utama dalam mesyuarat ini ialah:
  • Enrolmen murid pada 31 Januari 2012
  • Keciciran Murid Tahun 1
  • Isu dan Penyelesaian Daftar Lewat
  • Data Murid Bukan Warganegara
  • Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1, tahun 2013/2014
  • Permohonan Murid masuk awal
  • Data Guru dan Murid sekolah pedalaman
  • Data Guru dan Murid Sekolah SKM

    No comments:

    Post a Comment