Wednesday, February 1, 2012

Watikah Pelantikan Pengawas dan Perasmian Galeri Intan

HULU TERENGGANU - Sekolah Kluster, SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber serta Perasmian Galeri Intan pada pagi ini. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh En. Jelani Sulong, Ketua Unit Sekolah Rendah di dataran SK Tengku Ampuan Intan.

Mengikut Guru Besar, SK Tengku Ampuan Intan, Tuan Haji Mat Hassan Deraman, watikah pelantikan tahun ini diadakan di  dataran agar nampak lebih meriah dan memberi perangsang kepada semua murid. Dewan SK Tengku Ampuan Intan telah dijadikan kelas kerana lokasi kelas lama dinaikkan bangunan dua tingkat yang sekian lama belum dapat disiapkan.

SK Tengku Ampuan Intan sekali bakal dinilai anugerah tawaran baru dan bakal dicalonkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi kerana sekali lagi berada dalam Band 1. Pengujudan Gelari Intan yang menempatkan secara berpusat segala anugerah piala dan sijil amat kena pada masanya walaupun masih kekurangan ruang. Kita sangat yakin jika bangunan baru dapat disiapkan dan persekitaran dapat disusun dengan baik hasrat SK Tengku Ampuan Intan untuk menjadi SBT menjelang 2014 dapat direalisasikan lebih awal kerana mereka bukan sahaja menjadi Sekolah Kluster rendah yang pertama tetapi juga mempunyai pelbagai keistimewaan dan keunikan.

Selamat Maju Jaya SK Tengku Ampuan Intan....

No comments:

Post a Comment