KUALA TERENGGANU - Pagi tadi Ketua Unit Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong yang juga merupakan Pegawai Angkat SK Sultan Sulaiman 1 dan saya selaku pegawai meja Kluster dan SBT telah berkesempatan meninjau sekolah ini untuk melihat dua fokus utama iaitu Persediaan Menghadapi Pencalonan SBT dan Persediaan Menghadapi UPSR. Kedua-dua even besar dan penting ini akan berlaku dalam minggu ini.
Tinjau umum sepintas lalu mendapati pelajar-pelajar Tahun 6 sudah cukup bersedia menghadapi UPSR 2011. Begitu juga semua guru telah menyatakan komitmen dan iltizam menghadapi dua perkara besar ini dengan yakin bersemangat. Menurut Tuan Haji Yusof bin Karim,Guru Besar,SK Sultan Sulaiman 1, bahawa beliau melahirkan keyakinan bahawa pencapaian UPSR pada tahun ini ,Insyaalah akan melepasi rekod cemerlang SK Sultan Sulaiman 1 pada tahun 2007. Dalam percubaan yang lepas 21.6% atau 46 orang telah mencapai 5A dengan 82% lulus semua mata pelajaran. Selain itu tambah beliau Gred Purata Sekolah (GPS) 1.96.
Keyakinan beliau bukan sahaja berdasarkan petunjuk-petunjuk tersebut tetapi berasaskan responsibaliti para guru dan ibubapa terhadap program kecemerlangan yang diperkenalkan sangat memberangsangkan dan amat luar biasa. Misalnya tidak pernah dalam sejarah majlis Sembahyang Hajat UPSR surau sekolah penuh dan limpah dengan kehadiran ibubapa. Begitu juga program Zero Defect D dan E serta Guru Besar Di Talian amat baik dan mendapat sokongan luar biasa semua pihak terutama para guru dan ibubapa. Beliau dan Guru Penolong Kanan 1 berulangkali melahirkan rasa bangga dengan semangat para guru dan warga sekolah menjayakan agenda-agenda besar sekolah.
Begitulah juga bila ditinjau persediaan SK Sultan Sulaiman 1 menghadapi penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi sekali lagi beliau melahirkan rasa bersyukur dan terima kasih di atas komitmen guru-gurunya bekerjasama berganding bahu membuat persediaan. Hasil dari semangat muafakat semua pihak terutama para guru dan Persatuan Ibubapa dan Guru lahirlah Gelari Sulaiman sebagai mercu tanda baru di SK Sultan Sulaiman 1. Galeri ini telah bakal menjadi sumber rujuk sejarah,perkembangan,pencapaian dan keterbilangan SK Sultan Sulaiman 1.
Unit Sekolah Rendah khususnya dan Jabatan Pelajaran Negeri amnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar,Guru Penolong Kanan,Semua Staf,para ibubapa dan semua murid SK Sultan Sulaiman 1 kerana sentiasa berusaha,bekerjasama serta berjaya menyatukan hasrat dan impian untuk menjadikan SK Sultan Sulaiman 1 sebagai mercu tanda keterbilangan pendidikan negeri Terengganu. Kita berdoa dan berkeyakinan bahawa SK Sultan Sulaiman 1 bakal mencipta sejarah besar tersendiri pada tahun ini.
Tahniah Tuan Haji Yusof Karim Guru Besar,SK Sultan Sulaiman 1 yang juga Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Terengganu.. Tuan bakal meninggalkan "legasi" yang akan sentiasa diingati dan dirujuki...
Syabas dan Tahniah kepada warga SKSSI atas kejayaan cemerlang sehingga dinobatkan SBT 2012.
ReplyDeleteGuru bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Salah laku guru mencalar kewibawaan profesion perguruan.
ReplyDelete