1. Dua hari lepas Ketua Unit Rendah menerima sms dari Ketua Unit Naik Pangkat JPN Terengganu mengenai seorang Guru Besar SKM Gred DGA32 mahu berjumpa Pengarah Pelajaran Negeri untuk mendapat penjelasan mengapa beliau tidak lagi diberi pemangkuan Guru Besar Gred DGA34 sedangkan ada guru DGA32(KUP) Time Base atau Guru Penolong Kanan yang muda dan baru diberi tawaran.
2. Semalam dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu,Ketua Unit Naik Pangkat menghubungi Ketua Unit Rendah mengenai seorang Pengerusi Persatuan yang berjumpanya mahu penjelasan kerana dakwa beliau ramai yang mengadu ada naik pangkat GPK sekejap dan kemudian ditawar sebagai Guru Besar dan yang muda mengatasi yang senior atau yang sedang berjawatan. Saya yang mendengar hanya tersenyum dan berkata “Molekla dia rujuk KU Unit Pangkat biar dia faham supaya senang nak bagitau kat ahli dia"
3. Pertanyaan-pertanyaan atau luahan seperti ini bagi saya bukan sesuatu yang luar biasa kerana komen-komen atau luahan seperti ini dapat dilihat dalam posting dalam beberapa isu naik pangkat. Boleh baca dan lihat kat sini,kat sini dan kat sini. Atau dalam ruangan “Shout” dalam blog ini terutama selepas disiarkan berkaitan Pertukaran dan Penempatan Guru Besar dan GPK.Isu-isu ini telah saya bawa ke pihak lebih atas dan kritikal semasa menjadi AJK Kesatuan Guru di peringkat kebangsaan dan sentiasa menyalurkan isu-isu melalui suara kesatuan,MGB Negeri atau Persatuan Pengelola Negeri agar dipanjangkan ke pihak atasan.
4. Rupa-rupanya untuk memberi kefahaman kepada pihak-pihak atasan kadangnya lebih mudah daripada memberi faham kepada rakan sejawat atau para pendidik. Sama ada mereka tidak study dan hanya berdasar logik atau emosi atau sengaja buat-buat tak fahaman hanya Allah jua yang tahu. Mungkin agaknya perkara naik pangkat ini selalu diseal dengan istilah “SULIT” maka apabila terbuka ramai yang berpinar seperti baru keluar dari gua waktu siang hari. Walahualam.
5. Antara salah satu hasilnya perjuangan senyap kesatuan dan persatuan ini barangkali mulai Julai tahun lepas pengisian jawatan GPK telah diubah di mana hanya 20% sahaja kekosongan diisi secara pemangkuan oleh DGA29 dan 80% lagi diisi oleh kalangan DGA32(KUP) Time Base.
6. Tujuan UTAMA kita memberi penerangan untuk memberi kefahaman kepada pemohon supaya mereka boleh membuat persediaan dan permohonan dengan lengkap dan sempurna. Jika sesuatu perkara tiada dalam kreateria seperti kursus misalnya,mereka boleh berusaha mengikuti kursus
7. Kita dapati trend guru sekolah rendah (PPLD) untuk naik pangkat dalam laluan pentadbiran sangat tinggi. Contoh permohonan pemangkuan DGA32 ke DGA34 tahun 2009 yang mana calon ditawarkan pemangkuan tahun 2010 dan 2011 ialah seramai 1,200 pemohon. Kita hanya mahu pakai lebih kurang 50 orang sahaja setiap tahun Guru Besar di Terengganu. Begitu juga bila kita buka permohonan DGA32(KUP) Time Base ke hakiki pada September 2011.Hampir 1000 yang mohon seluruh negeri sedangkan kita nak pakai lebihkurang 48 orang sahaja.
8. Saya masih teringat pada tahun 2007 dan 2008 hampir separuh atau lebih daripada calon GPK yang nama mereka telah disenaraikan BPSM MENOLAK tawaran menjadi GPK sehingga pada bulan Mac semua calon telah habis dan memaksa kita mohon kebenaran BPSM memperakukan calon DGA32(KUP) Time Base bagi mencukupkan calon. Mengapa? Mengapa luar biasanya hari ini isu pemilihan dan pelantikan GPK menjadi perhatian dan minat ramai para guru. Dalam hidup ni kita harus belajar kadang-kadang peluang tidak datang banyak kali.
9. Sama ada sedar atau tidak banyak laluan naik pangkat PPLD. Antara laluan paling mudah ialah naik pangkat secara time base. Tapi ramai yang lupa time juga naik pangkat. Baca tulisan menegenai Time Base oleh Cikgu Anuar Ibrahim,x-prasiden NUTP di sini. Selain itu ada laluan cemerlang seperti Guru Cemerlang,Pengelola Cemerlang,Pegawai Cemerlang dan Guru Besar Cemerlang.Data terkini penyandang cemerlang PPLD di Terengganu
- Guru Besar Cemerlang DGA38(KUP) - 95 orang
- Pengelola Cemerlang DGA38(KUP) – 8 orang
- Pegawai Cemerlang DGA34(KUP) – 2 orang
- Guru Cemerlang DGA38(KUP) – 5 orang
- Guru Cemerlang DGA34(KUP) – 28 orang
- Guru Cemerlang DGA32(KUP) – 59 orang
Penyelia-penyelia Sekolah PPLD yang berada di JPN ,PPD atau BTPN dan lain-lain yang setara jika mahu terus kekal di JPN/PPD/BTPN boleh mohon Pegawai Cemerlang ini. Kalau nak jadi Guru Besar mohon ikut cara biasa. Berdasarkan data ini ruang untuk guru mohon jawatan laluan cemerlang masih banyak.
10. Sebelum berundur diri saya ingin menjelaskan isu yang dikemukan dalam permulaan tulisan saya
- Mengapa saya tak naik pangkat lagi ?
- Mengapa sekejap jadi GPK terus tawar Guru Besar
- Mengapa junior naik dulu pada senior?
Saya ulang sekali lagi dalam posting ini untuk naik pangkat kena MEMOHON kerana ramai sangat yang dok sibuk hal naik pangkat tapi dia sendiri tidak memohon. MEMOHON itu syarat WAJIB.Tidak ada istilah ‘DIBERI’ jawatan dalam naik pangkat tapi “DITAWARKAN”.
Perkara kedua selepas memohon dan memenuhi segala syarat markah dinilai. Klik di sini bagaimana penilaian markah dinilai. Kena ke tidak apa yang kita ada dengan apa yang mereka nilai. Berapa yang lembaga Naik Pangkat boleh beri jika jadi jurulatih kebangsaan. Atau jika ada pengalaman jadi GPK,jadi Guru Besar SKM.Tengok dan tilik biar jelas berapa jumlah penuh markah bahagian tu, jangan kerana itu saja seolah-olah segala markah bahagian lain tidak berguna. Kira molek-molek.
Perihal tentang pengalaman,senioriti,kemahiran dan kehebatan telah ditetapkan siap-siap oleh Lembaga Naik Pangkat. Kalau semua aspek itu lengkap dan ada aviden dari markah 20% bahagian ini PASTI calon boleh dapat 18% tambah dengan prestasi 80% (tak mungkin ada manusia dapat 80%) katakan dapat 76% maka calon atau pemohon ni dah dapat markah keseluruhan : 94%. Paling rendah markah keseluruhan ialah 80% untuk melayakkan ditawarkan naik pangkat.Cuma katakan dengan markah 80.50% dan kedudukan 1000/1,200 adakah kita akan ditawarkan sebagai Guru Besar kalau keperluan keseluruhan Guru Besar yang perlu diisi hanya 60 orang sahaja.?
Semua pemohon yang dinilai markah tadi sama ada dia guru DGA32(KUP)Time Base ke,GPK ke,Guru Besar SKM ke (calon yang layak mohon dalam iklan) disusun markah dari tinggi ke markah paling rendah atau disebut RANKING sebagai calon layak untuk diberi TAWARAN. Mana yang markah tinggi akan diberi tawaran terdahulu sehingga 31 Disember tahun semasa.Selepas pada tarikh itu senarai ini tidak berguna lagi.
Selain itu asas utama melayakkan calon mohon DGA34 juga ialah bila anda naik pangkat gred DGA32 bukannya bila anda jadi GPK atau bila jadi Guru Besar SKM. Ramai guru lupa bahawa tarikh naik pangkat DGA32(KUP) Time Base itulah tarikh permulaan naik pangkat ke DGA32 atau bagi calon DGA29 tarikh mereka diberi pemangkuan DGA32 itulah tarikh mereka naik pangkat ke gred DGA32. Tiga tahun atas gred DGA32 mereka layak mohon DGA34.
11. Kita juga mencadangkan perubahan pemarkahan 20% kepada LNP sama ada melalui wakil JPN atau kesatuan guru melalui pindaan seperti di sini. Kita harap pihak LNP KPM ambil perhatian dan tindakan supaya GPK dan Guru Besar SKM lebih diberi keutamaan dalam kenaikan pangkat Guru Besar.Selain itu kita sangat berharap para guru memberi input dan candangan profesional dengan justifikasi yang mantap terhadap isu-isu naik pangkat supaya dapat kita bawa ke pihak yang lebih tinggi bukan luahan emosi dan tuduhan sinikal yang tidak menguntungkan sesiapa.
Admin,
ReplyDeleteTksih atas pnjlsan yg tlh dibuat. Pd pndpt saya sbb2 utama isu kenaikan pngkt ini sentiasa mndpt prhatian akhir2 ini adalah berpunca dari bbrapa senario yg kdg2 prlu jg dipersoalkan. Antaranya :
1. Adakah trdpt tangan2 ghaib atau pengaruh2 dr phk2 tertentu dlm urusan kenaikan pngkt ini.
2. Ada bbrp nama yg dulunya tdk prnh dicdngkan utk mendpt perakuan pun dr unit kenaikan pngkt bg mengisi kekosongan gpk2 .... tiba2 ditwrkan mnjd guru besar.
3. Ada bbrp nama yg prnh ditwrkan sebg gpk ttp menolak, tiba2 ditwrkan sebg guru besar pulak.
4. Ada bbrp nama yg telah dikenalpasti telah menghadapi tindakan disiplin/tunjuk sebab/sekatan. Namun dilihat mendpt tawaran kenaikan pngkt.
Kejadian2 ini tentunya inginkan penjelasan yg agak lbh pnjg selain dr prosedur yg telah phk admin jelaskan melalui posting2 yg lepas.
Terima kasih.
Terima kasih tuan...
ReplyDelete1. Setahu saya proses pencalonan GPK dan GB mengikut garis panduan ditetapkan
2. Nama utk Guru Besar yang ditawar hanya dari senarai diluluskan oleh LNP KPM
3. Dulu mmg ada tempoh panalti kalau tolak tapi sekarang sudah tiada so tiada sekatan
4. Kadang nama ada dalam senarai GPK dan juga GB terutama bagi Time Base so kita kena tawar
5. Yang nak naik pangkat semua bebas tatatertib
Kita sangat berharap jika apa yang tuan dakwa spt kena tataterbit boleh naik pangkat agar mengemukakan nama ke Unit Naik Pangkat kerana sebelum tempoh sah dalam masa 6 bulan boleh diterminetkan.
memang betul soal memohon kenaikan pangkat secara hakiki DGA32 adalah soal nombor 1 , tapi soalnya di sini betulkah soal rangking ini begitu telus , sebab ada jugak guru DGA32 yg walaupun markahnya tak sampai 90 dapat jadi GPK keran ada tangan ghaib atau lebih tepat rakan semasa prosese temuduga yg telah dengan sengaja menolongnya...hal ini memang berlaku dan bukan tohmahan ...
ReplyDeleteTakder ker sesiapa yg nak tolong jawabkan soalan yang ditanya oleh rakan kita yang diatas tuh....
ReplyDeleteKenapa ada yang suka menggunakan perkataan Tangan Ghaib?
ReplyDeleteKita nak minta sangat pihak admin reply kepda mesej yang dah dipostkan .Jgn jadi bacul . jangan hanya pandai menerangkan perkara tertentu shj tapi masih memendamkan sesetengah perkara.Apalah sangat yang ada pada jawatan kenaikan pangkat ni. Cuma satu shj saya nak bertanya , betulkah pendapat yang mengatakan seseorang yang telah ditawarkan gred gaji DGA32 KUP ini tidak akan menikmati kemudahan gaji pencen sebagaimana gaji akhir DGA32 Hakiki sebaliknya cuma dibayar gaji sebagaimana guru dga29 shj. Pohon jawab .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletePertama saya minta maaf kerana tidak perasan ada pertanyaa justru posting bagi entry ini pada bulan Feb lagi. Insyaalah saya akan jawab satu persatu
ReplyDelete1. Mengenai pertanyaan Anon 29 Jun 2011 - perkiraan markah prestasi hanya 45 % (dari 3 tahun)maknanya kalau dia dapat 100 setiap tahun purata tidak lebin 45%. 35% lagi ialah kemahiran dan sumbangan dan 20% sahaja temuduga. Campur ketiga itu paling min mesti tidak kurang 80% layak naik.Kurang drp itu walau apa jenis naik pangkat termasuk Time Base tak layak. Untuk naik pangkat "Cemerlang" GC ke,GBC ke ,mesti paling min 85%
2. Jawapan kpd Anom,July 19 Ogos 2011 - Yang kamu tanya tu dah diterangkan banyak kali. Tu lah malas nak baca,nak study. Saya jawab:
a. Awak tidak faham konsep naik pangkat - naik pangkat bermakna bergerak ke gred yang lebih tinggi berserta gaji naik,elaun naik,tanggungjawab pun besar. Asas gred PPLD ialah DGA29. Bila bergerak ke gred lebih tinggi DGA32 ke,DGA34.DGA38 ke namanya naik pang sama secara KUP atau hakiki. KUP bermakna dia naik pangkat bagi dirinya bukan jawatan.Baca kat menu kanan bawah blog untuk lebih faham apa jawatan KUP dan Hakiki.
b. Kalau dia pencen dengan jawatan naik pangkat KUP dan Hakiki ke dia akan menikmati graduity,pencen mengikut perkiraan gaji naik pangkat dialah. Buat apa dia kena dapat DGA29. Nak mampus !Ilmu sesat mana u belajar ni. Yang balik asal ialah gred jawatan yang dia dulu.
c. Baca betul-betul tuk guru nak terang. Katakan dulu dia Guru DGA32 KUP Time Base berjawatan sebagai Guru Penolong. Sekarang dia bersara atau meninggal. So untuk ganti guru lain bagi memenuhi perjawatan guru sekolah itu tak payah pening kita nak cari DGA32 (KUP) Time Base. Gila apa.Carilah guru asas DGA29 atau DG41. Tak faham lagi....
Ambil contoh ni.Seorang Guru Besar Cemerlang DGA38(KUP). Dia bersara atau mati dia bawa bersama dia DGA38(KUP). Maka kita akan ganti guru besar sekolah itu atau tempat gb itu dengan gred asas hakiki GB bagi sekolah itu. Kalau sekolah tu gred A atau B atau SKM A,gred jawatan hakiki GB ialah DGA34. C arilah calon GB baru sekolah itu Gred asalnya iaitu Gred DGA34. Tak payah nak pening gi cari GB yang ada DGA38 (KUP)
Saya harap jelas dan faham..kalau tak faham juga cari air tujuh telaga,tujuh kuala,tujuh laut buat mandi kalau tidak baik berhenti jagi guru nanya ke murid jer.
Adatlah, rumah siap dah tapi pahat masih berbunyi, guru2 dlm kelas gitu jugak, selera tak sama, idea berbeza tp nak lalu jln yg sama............................. fikir2 lah sendiri
ReplyDelete