Thursday, February 23, 2012

Cuepacs Tuntut Kenaikan Gaji RM700-RM2,500 Untuk Gred 1 Hingga Gred 54

PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di sini Rabu.

Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred. - BERNAMA


3 comments:

  1. NAMPAKNYA CADANGAN INI .TAK MASUK AKAL DLM KEADAAN EKONOMI NEGARA NOW.

    ReplyDelete
  2. harap dpt ditunaikan oleh pihak pemerintah, hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah

    ReplyDelete
  3. yang mustahil boleh jadi kenyataan, tengok BR1M habis 3 billion lebih, boleh jadi blake...

    ReplyDelete