Pada bulan Disember ini bermula hari ini hingga 31 Disember 2011, tibalah pula giliran Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mengadakan pameran bertemakan "Sinar Pendidikan Sejagat" bagi menjelaskan lagi peranan dan fungsinya. Sektor Pengurusan Sekolah terdiri dari empat unit akan mempamerkan peranan dan fungsi-fungsi setiap unit seperti Panduan dan prosidur Pengurusan Murid, Pertukaran Guru, Pencalonan SKK dan SBT, rekayasa unit dan sebagainya. Info-info ini sangat penting terutama kepada Pengurusan Sekolah dan ibubapa serta kepada rakan-rakan pegawai bagi mengetahui bidang kerjabuat Sektor Pengurusan Sekolah.
Kerja-kerja persiapan pameran sedang rancak dijalankan dan dijangka pada Ahad nanti semua papan pameran dapat disempurnakan. Kami menjemput semua pengurus sekolah, para guru dan ibubapa yang berkunjung ke JPN Terengganu agar tidak melepaskan peluang menyaksi pameran ini. Blog ini akan membawa perkembangan pameran dari masa ke semasa..

No comments:
Post a Comment