KUALA TERENGGANU - Petang ini semua calon tawaran baru GPK telah dipanggil ke Unit Sekolah Rendah untuk disampaikan surat tawaran kepada mereka. Mereka terdiri dari calon DGA32 (KUP) Time Base ke DGA32 dan calon dalam senarai pemangkuan yang diberikan oleh BPSM. Calon-calon pemangkuan tidak melalui temuduga kerana mereka dimasukkan dalam senarai memangku oleh BPSM. Calon-calon ini memohon pada tahun 2009 untuk memenuhi kuota 20% yang ditetapkan. Pada peringkat pemangkuan pertama seramai 10 calon dikemukakan dan hanya lima orang sahaja yang menerima. Dan kali ini BPSM menghantar lima lagi calon bagi memenuhi kuota berkenaan. Saya pasti akan ada calon dalam kategori ini yang akan menolak walau ditawarkan dalam daerah yang sama.
Berbeza dengan calon penghakikian yang diproses oleh JPN dan melalui temuduga mereka akan terima walau ditawarkan tempat agak jauh hatta di pulau kerana memohon dengan minat dan penuh iltizam. Tahniah kita ucapkan. Insyaallah sesi temuduga beberapa hari ini akan juga mampu melahirkan calon GPK yang hebat pada tahun 2012 nanti.
Semua GPK yang bertukar setara , surat pertukaran akan diurus oleh PPD masing-masing. Tahniah kepada semua semoga kehadiran anda memberi impak kepada pembangunan pendidikan sekolah baru anda.
Senarai lengkap KLIK
No comments:
Post a Comment