Sunday, December 18, 2011

Bengkel SKT Sektor Pengurusan Sekolah

KUALA TERENGGANU - Sektor Pengurusan Sekolah mengambil inisiatif mengumpul beberapa pegawai yang menyediakan SKT dari setiap unit di bawah SPS mengadakan Bengkel Pemurniaan SKT Tahun 2012. Bengkel sehari berkenaan telah diadakan di Gelari Sulaiman, SKK ,SK Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu. En. Zakariah Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah telah mempengerusikan bengkel berkenaan.

SKT, Pelan Taktikal, KPI dan Takwim dari unit-unit di bawah SPS akan digabung dan disesuaikan untuk dijadikan SKT Sektor Pengurusan Sekolah untuk diserahkan kepada pihak urusetia untuk digabung dengan semua sektor lain sebagai SKT jabatan.

Keseluruhan penyediaan SKT tahun ini agak lebih kemas dan menepati kehendak pekeliling dan perancangan pelan taktikal berdasarkan keupayaan kewangan yang ada. Adalah dijangkakan peruntukan tahun 2012 tidak jauh bezanya dengan peruntukan tahun 2011.


 

0 ulasan:

Post a Comment