Thursday, December 15, 2011

Kaedah Perpindahan Gaji SSM ke SBPA

Bagi memberi sedikit kefahaman kepada rakan-rakan yang bertanya maka kami siarkan printscreen tiga slaid perpindahan gaji dari SSM ke SBPA. Secara mudah apabila menerima SBPA maka pemindahan gaji akan berlaku pada tiga peringkat:

Peringkat 1
Setiap penyandang SSM akan diberi satu pergerakan gaji ke depan pada 1.1.2012

Peringkat 2
Dari mata gaji SSM pada Peringkat 1 ianya akan berpindah pada mata gaji terhampir pada skim SPBA.

Peringkat 3
Dari mata gaji SBPA yang dipindahkan seperti Peringkat 2 maka kenaikan gaji tahunan tahun 2012 (sama ada bulan Jan, April, Jul, Oktober) akan bermula dari skim SBPA bukan lagi SSM.

Keterangan lanjut mengenai perpindahan gaji. Read more..
Sifir Gaji Baru SBPA (Guru Bukan Siswazah)
Sifir Gaji Baru SBPA (Guru Siswazah)

Sumber Sifir Gaji : IT-Teach-Mania.

3 ulasan:

aman_arab said...

Salam...ni memang betul slaid daripada JPA ke?...kenapa slaid no. 18 yang contoh gaji untuk PTD tu macam "pelik" ja gaji gred M1-1 tu..jadi makin kurang pulak...tangga gaji T1 untuk M41 kalau ikut dalam slaid tu..SSM M41 P1T1 = RM 1993.63...tapi untuk SBPA M1-1 T1 = RM 1935.00...takkan lah gaji makin kurang pulak!

aman_arab said...

Gaji SSM M41 dalam slaid no.18:
Tn = a + (n-1)d
T9 = T1 + (9-1)91.84
2728.35 = T1 + 734.72
T1 = 2728.35 - 734.72
T1 = RM 1993.63

Gaji SBPA dalam slaid no.18:
T1 = RM 1935.00

Di JPA banyak PTD dalam tu...Tak kanlah diorang sanggup potong gaji sendiri pulak kan!

USR BLOGGER TEAM said...

Kita beritahu bab perpindahan gaji Pendidikan..bab PTD tak tahula pulak.Hal gaji tentera pun kita masuk. Blog pendidik kita bicara hal ehwal berkait masa depan warga pendidikan.

Post a Comment