Keseluruhannya calon-calon daerah Hulu Terengganu telah membuat persediaan yang rapi untuk menghadiri temuduga ini. Walau bagaimanapun beberapa calon seperti di daerah lain telah memohon gred DG41. Keadaan ini bakal menyulitkan calon nanti untuk membuat pilihan kerana berdasarkan pekeliling pelantikan PJJ (seperti menu sebelah kiri) mana-mana yang memohon ke SPP pada tahun ini akan dilantik pada tahun ini juga sama ada pada 2.10.2011 atau selepas itu sedangkan pengisian untuk temuduga ini ialah pada tahun 2012. Kita mohon calon yang memohon DG41 selepas tamat belajar membaca dengan teliti pekeliling berkenaan dan membuat keputusan yang menguntungkan mereka.

No comments:
Post a Comment