Wednesday, December 14, 2011

Mesyuarat Penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) JPN Terengganu

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu melalui urusetia Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan mengadakan mesyuarat Penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) untuk tahun hadapan. Mesyuarat berkenaan telah diadakan di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu. Selain semua wakil dari setiap unit dari setiap sektor, wakil dari PPD juga telah dijemput menghadiri mesyuarat ini.

Urusetia negeri  difahamkan  telah mengemukan format penyediaan SKT kepada semua sektor hampir sebulan yang lalu melalui email Sektor dan Ketua Sektor masing-masing. Justru itu mesyuarat hari ini adalah untuk memurnikan SKT, Plan Taktikal, Takwim dan KPI setiap sektor agar dapat digabung nanti menjadi SKT jabatan. Walau bagaimanapun mengikut Ketua Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, Tuan Haji Kahar bin Abd. Latiff tarikh akhir untuk semua sektor menghantar SKT, Plan Taktikal, Takwim dan KPI mereka ialah pada 21 Disember 2011.

Beberapa sektor yang dapat menyiapkan beberapa komponen telah membentangkan SKT mereka untuk dijadikan contoh rujukan setelah dinilai, dikaji dan dibincangkan secara bersama. Format SKT Tahun 2012 telah disesuaikan mengikut arahan pekeliling yang sebenar sebagaimana format SKT KPPM.

Kita berharap dengan kefahaman mendalam tentang SKT dan KPI setiap pegawai mampu pula menyediakan SKT dan KPI mereka sendiri dengan lebih spesifik sesuai dengan keperluan Sistem Baru Perkhidmatan Awam.

3 comments:

  1. I think there's a typo :
    Tarikh akhir utk m'hantar SKT dll ialah 21 Disember 2011 (bukan 2012, right?)

    ReplyDelete