KEMAMAN - Hari ini permulaan sesi temuduga calon GPK bagi Tahun 2012. Daerah Kemaman menjadi daerah pertama untuk proses temuduga ini. Seramai 25 orang calon yang disenaraipendek oleh panel dari 60 orang pemohon.
Keseluruhannya kualiti dan persediaan calon adalah amat baik berbanding tahun terdahulu. Majoriti calon membuat persediaan rapi terutama dari aspek penampilan, persediaan pengetahuan serta komunikasi. Kita amat berharap calon-calon yang berkualiti ini mampu menjadi GPK dan seterusnya Guru Besar yang hebat pada masa depan terutama di daerah Kemaman.
No comments:
Post a Comment