KUALA TERENGGANU - Hari ini adalah hari terakhir dalam siri Temuduga iGPK32 untuk memilih GPK tahun 2012. Pasukan panel telah menemuduga 25 orang calon yang terpilih saringan akhir daripada 105 permohonan. Keseluruhan calon telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi temuduga ini sama ada dari segi ketrampilan personaliti dan pengetahuan. Terdapat sebahagian kecil terdiri daripada calon yang telah ditemuduga pada tahun lepas tetapi tidak terpilih. Kehadiran mereka pada kali ini amat mengejutkan panel kerana majoriti calon yang ditemuduga pada permohonan pertama menunjukkan performance yang sangat membanggakan sama ada dari segi keyakinan, kepetahan dan kematangan pengetahuan serta pengalaman. Syabas...
Selain dari itu sesuatu yang menyentuh hati, ramai kalangan calon sama ada di daerah Kuala Terengganu mahupun di daerah lain yang telah tamat belajar peringkat ijazah pertama rela tidak memohon lagi pelantikan ke DG41 kerana minat untuk menjadi GPK. Dan tidak kurang yang telah memohon DG41 dari tahun 2010 dan 2011 juga memohon sama ada tahu atau tidak tahu risiko yang terpaksa dihadapi nanti jika dilantik ke jawatan GPK. Antara alasan mereka memohon kerana masih belum ditemuduga, masih belum dilantik dan ada juga yang mendakwa mendapat saranan dari pihak SPP sendiri kerana jawatan DG41 dibeku dan pelantikan entah bila maka elok ambil GPK dahulu.
Kadang-kadang kami merasa sedih dan simpati kepada xppld yang sambung belajar walau mohon online Jun atau Julai 2010 dan ditemuduga pada Februari 2011 pelantikan mereka kalau mengikut Pekeliling SPP pada 2 Oktober 2010 hingga saat ditemuduga tidak kunjung tiba. Sedangkan KPLI,DPLI yang diposting Sept 2010 telah ditemuduga, dilantik ke DG41 dan menikmati gaji DG41 dan bakal melonjak lagi dalam SBPA nanti.
Apa yang merisaukan kami temuduga ini untuk calon yang akan dilantik pada tahun 2012. Cuba kita bayangkan seorang calon DGA32 (KUP) Time Base yang tamat belajar Jun 2010 dan mohon online Ogos 2010 dan temuduga Mac 2011 dan bakal dilantik berdasar pekeliling penetapan Lantikan PJJ (Kalau masih terpakai selepas SBPA) pada 2 Oktober 2010 diberi tawaran GPK pada bulan Mac 2012. Tiba-tiba surat tawaran pelantikan back dated 2 Oktober 2010 datang apa akan jadi ? Guru ini hanya ada dua pilihan.
Pilihan pertama : Menolak tawaran pelantikan DG41 kalau untuk kekal atas jawatan GPK dan membuat permohonan semula (ulang proses pelantikan sebelum ini) Menolak tawaran DG41 dalam senario di atas membawa bermaksud tersirat menolak senioriti atas gred DG41,menolak faedah dan bonus, menolak peluang masa hadapan atas gred DG41.
Pilihan kedua : Menerima tawaran pelantikan DG41 dan melepaskan jawatan GPK dan kembali kepada status Guru Penolong seperti sebelumnya serta menikmati faedah dari penerimaan DG41.
Kita ketengahkan kes ini supaya calon-calon GPK yang terbabit membuat keputusan dan perhitungan yang menguntungkan sebelum menerima tawaran GPK nanti. Kita juga berharap pihak KPM dapat membantu xppld menikmati peluang naik pangkat dan peningkatan kerjaya seperti pps kerana mereka adalah warga kita yang turut sama menyalakan obor keterbilangan pendidikan anak bangsa.
No comments:
Post a Comment