MARANG - Seramai 22 calon daripada 24 senarai akhir daripada 64 permohonan untuk mengisi jawatan GPK bagi Tahun 2012 daerah Marang telah selesai menjalani temuduga hari ini. Temuduga berkenaan yang dikendalikan oleh Panel Penemuduga telah mengadakan temuduga di Bilik Mesyuarat PPD Marang. Dua orang calon tidak hadir.
Secara umumnya hanya segelintir calon yang menunjukkan kompetensi , krisma serta layak memenuhi kreteria sebagai GPK. Terdapat dua tiga orang calon yang tidak berminat tapi telah memohon dan terpilih untuk temuduga. Walaupun telah banyak kali blog ini mencadangkan agar yang tidak berminat jangan memohon tetapi nampaknya permohonan "test market" masih berlaku. Apapun keperluan calon GPK daerah Marang agak terhad pada tahun hadapan maka calon temuduga yang sedia ada lebih dari mencukupi. Ini bermakna tidak semua calon yang ditemuduga akan ditawarkan tempat.Hanya mereka yang mempunyai posisi markah keseluruhan tertinggi akan diberi keutamaan.
No comments:
Post a Comment